Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ru.si] | منروسي

Definisi : 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn per­antaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ru.si] | منروسي

Definisi : dgn perantaraan; me­lalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menerusi media massa suatu ____ akan dapat dicanang secara cepat dan tepat. 'perkhabaran' atau 'penghebahan', yang manakah paling sesuai bagi ayat di atas?Perkataan yang paling tepat ialah penghebahan.Tatabahasa20.07.2013
Sesuaikah ayat ini : Mempereratkan hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang betul ialah:

1. Mempererat hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.

2. Mengeratkan hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.09.2017
adakah ayat-ayat berikut betul atau salah? 1. MERAIH KEPELBAGAIAN MENERUSI TITIK PERPADUAN. 2. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTERASKAN TITIK PERPADUAN. 3. MERAIH KEPELBAGAIAN BERORENTASIKAN TITIK PERPADUAN. 4. MERAIH KEPELBAGAIAN BERPAKSIKAN TITIK PERPADUAN. 5. MERAIH KEPELBAGAIAN BERTUNJANGKAN TITIK PERPADUAN.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah "menerusi".
Cadangan ayat yang betul ialah: Perpaduan menerusi kepelbagaian kebudayaan. 
Tatabahasa22.08.2024
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau
Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala  perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). 


Tatabahasa23.04.2020
Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu. Adakah terdapat kesalahan dalam ayat di atas? Terutamanya penggunaan perkataan adalah

Cadangan penggunaan yang betul ialah “Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk perbincangan sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan yang sedia ada atau penggubalan akta baharu”.

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA),

ii)Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.

Tatabahasa21.11.2023
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul)
 
2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my.
TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my.


3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman  langsung.
Tatabahasa17.01.2013
Merujuk kepada pertanyaan saya yang dihantar pada tarikh 16/11/17 dan telah menerima jawapan balas dari Khidmat Nasihat DBP menerusi email pada 24/11/17. Email dari DBP mengkehendaki saya merujuk lampiran untuk melihat jawapan balas tetapi saya tidak menemui sebarang lampiran yang disertakan dengan email tersebut. Saya telah cuba untuk memaklumkan hal ini menerusi email dengan alamat email seperti jawapan balas yang diterima tetapi email tidak dapat dihantar. Dengan ini saya memohon pihak DBP untuk menghantar semula email jawapan balas. Terima kasih atas segala kerjasama pihak DBP.Mohon maaf atas kesilapan tersebut dan pihak kami akan meng-e-melkan lampiran dengan kadar yang segera.Lain-lain27.11.2017
1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.
2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina.
3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan.
Tatabahasa23.07.2012
Betulkah ayat ini: Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka.Ayat yang betul ialah, Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam.Lain-lain07.04.2023
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih!Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Tatabahasa09.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas