Dalam penulisan rasmi Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini. Ayat di atas ialah ayat songsang. Sekiranya ditukar dalam bentuk ayat aktif akan menjadi begini Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Kalau pasif. "Dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Soalan saya, menurut jawapan yang diberi oleh DBP bertarikh 16.06.2009, penanda makluman yang tepat ialah "sukacita dimaklumkan bahawa" dan bukannya "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa". Daripada contoh yang saya berikan di atas, kalau ayat songsang itu dijadikan ayat biasa kedengaran salah, iaitu: Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini sukacita. Sepatutnya, "Saya memaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini dengan sukacitanya". | Kami bersetuju dengan cadangan tuan, ayat yang betul ialah "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Kegiatan Pelajar akan mengadakan ceramah motivasi pada malam ini". Frasa "dengan sukacitanya" ialah bahagian keterangan yang disongsangkan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan? | 1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya. 2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Kami juga mengadakan ceramah tentang sains dan matematik. Adakah frasa sains dan matematk itu perlu tulis dengan huruf besar? | Menurut data kami, sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik. | Ejaan | 05.04.2020 |
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih. | Perkataan "Pinjaman" ialah padanam daripada "loan'" yang bermaksud pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik secara ansuran. Manakala "pembiayaan" pula padanannya "financing" ialah pinjaman bukan bentuk tunai tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik. | Istilah | 07.08.2019 |
kami akan mengadakan minggu berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan di daerah Muallim. Kami berminat untuk menggunakan media digital di Majlis Daerah Tanjung Malim. temanya adalah: NAFAS BARU BERMULA RAMADAN saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk memeriksa tatabahasa dan perkataan yang digunakan sebelum dipamerkan di media digital. sekian, terima kasih. | Tema NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN sebagai slogan adalah betul daripada aspek penggunaan Bahasa. | Tatabahasa | 13.04.2018 |
JKJR akan mengadakan kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina. Tema yang ingin digunakan "Berhemah Dalam Perjalanan, Selamat Ke Destinasi". Soalannya betul atau salah dari segi tatabahasanya. Soalan kedua, JKJR akan mencetak risalah keselamatan jalan raya untuk diedarkan kepada pengguna jalan raya. Boleh atau tidak risalah tersebut dicetak secara dwibahasa. (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) | Pada pandangan kami, perkataan "Berhemah" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah Berhati-hati . perkataan "Berhemah" lebih sesuai digunakan dalam konteks memandu, contohnya Berhemah Semasa Memandu. Oleh itu, tema yang dicadangkan ialah Berhati-hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi atau BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN, SELAMAT KE DESTINASI. Sekiranya tidak menggunakan huruf besar untuk keseluruhan tema tersebut, perkataan "dalam" dan "ke" perlu ditulis dengan huruf kecil kerana kedua-dua perkataan ini ialah kata hubung. DBP tiada halangan sekiranya risalah tersebut dibuat dalam dwibahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu hendaklah diutamakan, iaitu bahasa Melayu didahulukan kemudian diikuti oleh bahasa Inggeris.
| Tatabahasa | 29.12.2015 |
Kami ingin mengadakan kursus yang berkaitan dengan penerbitan dan ingin menjemput pihak DBP sebagai fasilitator ke kampus kami. Bagaimana dan kepada siapa saya harus berurusan? Terima kasih | Untuk urusan kursus sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 01.09.2015 |
MOHON UNTUK MENGADAKAN TAKLIMAT PENULISAN SURAT RASMI KERAJAAN . JIKA PIHAK DBP ADA KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN UNTUK MENGAJAR PIHAK KAMI BAGI MENULIS SURAT RASMI KERAJAAN MENGIKUT TATACARA YANG BETUL. SEKIAN DAN TERIMA KASIH. | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Ketua Akademi DBP, Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479226/9227 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.06.2015 |
Kami akan mengadakan belian hebat gudang pada tarikh bukan hari jualan yang ditetapkan oleh KPDNKK, apakah ayat tajuk yang sesuai diguna. Cadangan saya ialah BELIAN HEBAT GUDANG tetapi tidak lulus dari pihak PBT Terima kasih. | Pihak syarikat menawarkan jualan bukan belian. Frasa yang betul ialah Jualan Gudang (iaitu pihak syarikat) yang Hebat, dalam bentuk penamaan diringkaskan menjadi "Jualan Gudang Hebat". | Lain-lain | 22.04.2015 |
adakah DBP mengadakan kursus untuk suntingan dan terjemahan. bagaimana dengan yurannya. | DBP menawarkan pelbagai kursus penataran termasuklah penataran bahasa Melayu, penyuntingan dan pengucapan awa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 11.06.2012 |