Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.jar] | مڠاجر

Definisi : 1. menyampaikan ilmu penge­tahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, men­didik, melatih, memberikan petunjuk-petun­juk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan penga­laman dsb yg telah diperolehnya: musim ke­ma­rau ini akan ~ kita supaya tidak meng­gunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memu­kul seseorang) supaya jera (tidak mela­ku­kan lagi sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.jar] | مڠاجر

Definisi : 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengajar

Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(16)

577

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Mengunyahkan orang bergigi

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan mengunyahkan orang bergigi. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan mengajar dengan mengajari. Contoh ayat: Ayah mengajari/mengajar anaknya cara menunggang basikal. Persoalan: Mengapakah penggunaan kata kerja 'mengajar' tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Apakah perbezaan mengajar dengan mengajari dalam ayat tersebut.

Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain atau mendidik dan melatih, manakala mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), atau melatih. Berdasarkan makna yang diberi kedua-dua kata terbitan tersebut sama maknanya dan boleh digunakan (mengajar/mengajari) dalam contoh ayat yang diberi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. 

Tatabahasa01.04.2009
Salam tuan, Apakah perbezaan antara a) mengajar b) mengajarkanMengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada: mengajar orang menggunakan senjata; manakala mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), atau memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya): siapa mengajarkan hitungan yg sesulit ini.Makna27.02.2010
Perkataan "mengajar" ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif atau kedua-duanya? Ayat-ayat yang berikut betul? 1) Guru itu mengajar di dalam kelas. 2) Guru itu mengajar murid-murid di dalam kelas. Adakah perkataan mengajar dalam ayat 1 ialah kata kerja tak transitif? Adakah perkataan mengajar dalam ayat 2 ialah kata kerja transitif? Terima kasih.Mengajar ialah kata kerja transitif dan objeknya "murid-murid" seperti dalam ayat kedua. Dan ayat contoh pertama juga betul, mengajar ialah kata kerja transitif yang mengalami pengguguran objek yang sedia dimaklumi kerana ada "objek" yang diajar oleh guru di dalam kelas.Tatabahasa11.12.2012
Tuan, berpandu pada Kamus Dewan Edisi Keempat (maklumat Kamus Dewan Edisi Ke-4 saya peroleh daripada PRPM), selain bentuk "mengajar", ada bentuk "mengajari" juga. Mengapakah ada wujud keadaan demikian? Bukankah "mengajar" sudah memadaikan maksud "mengajar seseorang", atau maksud Kamus Dewan, iaitu "menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain"? Mengapakah wujudnya bentuk "mengajari" yang sama maksud dengan "mengajar" pula? Bolehkah bentuk "mengajari" digunakan dalam penulisan? Adakah Kamus Dewan menyenaraikan kata terbitan yang betul dengan menyenaraikan bentuk "mengajari"? Cikgu saya berkata tiada bentuk "mengajari" ini. Minta tuan berikan jelasan tentang kewujudan perkataan ini.

Perkataan mengajar dan mengajarkan termasuk dalam kategori apitan me-…-kan dan me-…-i yang sama.  Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan mengajar sebenarnya berasal daripada perkataan mengajari. Namun bentuk yang baku ialah mengajar berbanding mengajari. Dengan berdasarkan petua tersebut kita boleh membina ayat seperti yang berikut:
(siapa)(me-…-kan) (apa)kepada (siapa)
(siapa)(me…-i)(siapa)(apa)

1.   Saya mengajarkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar tahun lima.
Saya mengajar pelajar tahun lima mata pelajaran Sejarah.

Tatabahasa04.12.2014
Salam Mohon penjelasan terperinci perbezaan antara kosa kata `mengajar' dan `mengajarkan'. Terima kasih. Izani b. Hj, DaudMengajar bermaksud menyampaikan ilmu kepada orang lain. Mengajar mesti diikuti dengan sasaran seperti mengajar murid-murid. Mengajarkan bermaksud memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, seperti mengajarkan cara-cara mengendalikan mesin.Tatabahasa19.12.2011
Cikgu Rosli mengajar saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Adakah ayat ini betul? Ataupun. Cikgu Rosli mengajar saya Bahasa Malaysia.terima kasihJawapan yang betul ialah Cikgu Rosli mengajar saya mata pelajaran bahasa Malaysia atau Cikgu Rosli mengajar saya bahasa Malaysia. Tatabahasa04.03.2010
Mana satukah yang betul ........ketika saya mengajar atau ....... ketika saya sedang mengajar?Yang betul ialah "ketika saya mengajar".Tatabahasa03.05.2014
1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Tugas guru adalah mengajar murid-murid. Yang manakah betul?Ayat yang gramatis "Tugas guru mengajar murid-murid".Tatabahasa19.07.2012
Cikgu Suria mengajar atau mengajarkan Sivik kepada murid Tahun Enam Gemilang. Soalan: apakah perbezaan mengajar dan mengajarkan? harap dpt memberikan conton ayat. terima kasih.

Ayat yang betul ialah Cikgu Suria mengajarkan Sivik kepada murud Tahun enam Gemilang. Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain sementara mengajarkan bermaksud menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Contoh ayat ialah, Cikgu Ariffin mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. Cikgu Ariffin mengajar pelajar 5 Sains bahasa Melayu. Terima kasih.

Tatabahasa19.06.2008
1. Guru itu mengajar pelajar-pelajar cara menulis sebuah karangan. 2. Guru itu mengajar Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajarkan pelajar-pelajarnya Bahasa Malaysia. Adakah ayat-ayat tersebut betul atau salah. 1. Sebaris kata-kata atau sebaris kata. terima kasih

1. Guru itu mengajar pelajar cara menulis karangan. 2. Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajar pelajarnya Bahasa Malaysia. 

1. Sebaris  kata.

Tatabahasa10.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas