Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ja.ri] | مڠاجري

Definisi : mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (sese­orang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengajari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perbezaan mengajar dengan mengajari. Contoh ayat: Ayah mengajari/mengajar anaknya cara menunggang basikal. Persoalan: Mengapakah penggunaan kata kerja 'mengajar' tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut. Apakah perbezaan mengajar dengan mengajari dalam ayat tersebut.

Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain atau mendidik dan melatih, manakala mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), atau melatih. Berdasarkan makna yang diberi kedua-dua kata terbitan tersebut sama maknanya dan boleh digunakan (mengajar/mengajari) dalam contoh ayat yang diberi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan. 

Tatabahasa01.04.2009
1.Yang manakah betul-mengajar kami mata pelajaran Sejarah ATAU mengajari kami mata pelajaran Sejarah. 2. Sila berikan satu contoh yang dapat membezakan 'merindui' dengan 'meridukan' 3. Ayat Aktif-Salim menulis karangan ini dengan baik Ayat Pasif-Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik -Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim (Yang manakah betul ayat pasif di atas)

Ayat yang betul ialah,

1.  Mengajari kami mata pelajaran Sejarah - mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang): contoh,  guru yang mengajari murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah.

2. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya: contohnya, orang tua itu merindui anak cucunya, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: contohnya, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati.

3. Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik dan Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim, kedua-dua ayat ini boleh menjadi ayat pasif.

Tatabahasa11.03.2010
selamat pagi,'perkataan mana yang sesuai Cikgu Hamdan sedang ___________subjek Bahasa Malaysia di kelas Lima Progresif. mengajarkan mengajari mengajar belajarCikgu Hamdan sedang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas Lima Progresif. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (mata pelajaran) kepada seseorang dan lain-lain.Tatabahasa11.10.2012

Kembali ke atas