Untuk mengakhiri surat .... Sekian, terima kasih atau Sekian. Terima kasih. | Saudara, Kedua-dua bentuk boleh digunakan. Saudara boleh merujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Haji Omar , terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.01.2010 |
Yang manakah cara yang betul untuk mengakhiri surat rasmi kerajaan : Di atas segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atau Segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Atas segala kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini, saya/kami dahului dengan ucapan terima kasih". | Tatabahasa | 20.06.2011 |
saya menghadapi sedikit pemasalahan dalam penggunaan ". sekiranya mengakhiri ayat dengan ", soalan saya : kita perlu tutup kata (") atau . (nokhtah) dahulu. contoh ayat: "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'". atau "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'." mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk khidmat nasihat. terima kasih | Dalam keadaan yang sedemikian, ayat saudara diakhiri dengan tanda petik dan barulah noktah. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
Apakah konteks penulisan yang sesuai untuk menggunakan frasa "harap maklum" berbanding "terima kasih" atau "sekian terima kasih" apabila mengakhiri sesuatu notis pemberitahuan? | Ungkapan yang lebih sesuai digunakan pada baris akhir surat rasmi ialah "Sekian. Terima kasih." | Tatabahasa | 14.09.2012 |
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan? | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
saya inginkan kepastian tentang penggunaan perkataan 'perasmian penutupan' atau 'perasmian penutup' bagi sesuatu majlis. | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah: 1. alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2. sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 25.04.2011 |
Contohnya, tegasnya, kesimpulannya berfungsi sebagai penanda wacana. Contoh: Kesimpulannya, gagasan Satu Malaysia memberikan sumbangan besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional. Perkataan “kesimpulannya” dalam ayat ini dapat digantikan dengan “sebagai kesimpulannya” tetapi kurang tepat. Mohon penjelasan. | Sebagai bermaksud untuk, bagi, bertindak, seperti atau selaku. Oleh itu, ungkapan sebagai kesimpulannya kurang tepat untuk digunakan sebagai penutup wacana tersebut, dan kata kesimpulannya lebih tepat digunakan untuk mengakhiri wacana tersebut. | Tatabahasa | 29.12.2009 |
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut. | Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan. | Makna | 02.11.2007 |
1) bilakah penggunaan (...) dalam dialog diperlukan? contoh ayat: 1) "Bapa... tolonglah...kasihanilah Tiah bapa". 2) hmm... kedua-dua ayat di atas betul atau tidak sekiranya digunakan dalam dialog. 2) adakah kata singkatan sesuai digunakan sama ada dalam dialog mahupun dalam teks novel. contohnya ni, tak, dah, nak. - adakah salah sekiranya penggunaan kata singkatan ini digunakan terlampau kerap? -terima kasih- | Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalm dialog. | Tatabahasa | 14.01.2011 |