antara "mengalami kesakitan yang tersangat" dengan " mengalami sakit yang teramat", mana satu ayat yang betul? | Ayat yang betul ialah "Mengalami sakit yang teramat". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.' | Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja? | Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa. | Lain-lain | 26.08.2017 |
Saya sering mengalami masalah "runtime error" di laman web ini kebelakangan ini. Sebaik menekan butang "cari"pada PRPM, muncul mesej runtime error. Mohon nasihat untuk mengatasi isu ini. Terima kasih. | Aduan tuan kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan yang seterusnya. Semoga kesulitan yang dihadapi ini dapat diatasi dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 20.04.2015 |
dia sering mengalami masalah kewangan kerana cara anaknya berbelanja ibarat....? apakah peribahasa yang sesuai untuk situasi di atas? | Peribahasa yang sesuai ialah 'diperbesar isap(hisap), hitam bibir. Rujuk Kamus Peribahasa oleh Abdullah Hussaian. | Makna | 29.04.2009 |
menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; tuan, terima kasih saya ucapkan dahulu kepada pertolongan tuan. saya masih tidak faham tentang jawaban antara menjalani dan manjalankan. Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu.( menurut kamus, menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;) maka, adakah menjalani lebih sesuai dalam konteks ini? TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. Dalam konteks ayat yang diberikan, doktor itu telah melaksanakan pembedahan terhadap pesakit. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah menjalankan. Dalam ayat seterusnya, dia (orang tersebut ) yang dibedah atau yang mengalami pembedahan, dan bukan dia yang melaksanakan pembedahan. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menjalani. | Makna | 19.01.2012 |
Assalamualaikum.. 1.Saya keliru dengan penggunaan kata meniduri/menidurkan dalam ayat ibu meniduri/menidurkan adik. 2.Yang mana betul-Ali mengalami kesakitan yang teramat @ Ali mengalami kesakitan yang amat sangat. | 1. Ayat yang betul ialah - ibu menidurkan adik, menidurkan bermaksud membuat supaya tidur. 2. Ali mengalami kesakitan yang teramat, Ali mengalami kesakitan yang amat sangat - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
Salam sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ia dan dia. Adakah dia merujuk kepada objek yang abstrak juga sepertimana penggunaan ia? Kedua, jika ia mengalami kependekkan daripada kata dia kepada ia, mengapa tidak sama situasi sepertimana penggunaan kependekan bagi kata ganti nama diri ku dan kau yang dirapatkan dengan kata kerja? | Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Sastera | 16.08.2017 |
" Merempit tidak mendatangkan apa-apa faedah" ayat tersebut mengalami proses pengguguran jenis apa | Contoh ayat yang diberi mengalami pengguguran kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama - Kata Nama (Inti) + Penerang. Kata nama ini boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Buku Tatabahasa Dewan, halaman 560, menerangkan hal ini dalam tajuk Proses Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama. Contoh yang diberi ialah: Bersenam boleh menyihatkan badan (asalnya - Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. | Tatabahasa | 26.05.2011 |
Mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Apakah ayat tanya yang sesuai bagi ayat ini ? Terima kasih | Ayat tanya yang sesuai dengan ayat keterangan tersebut ialah: Di bahagian manakah mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah? | Lain-lain | 20.03.2016 |