Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lih] | مڠاليه

Definisi : 1. = mengalihkan mengubah­kan duduk (letak dsb) sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah, menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lih] | مڠاليه

Definisi : 1 membuat supaya beralih; menukar; mengganti. 2 menukarkan tempat; memindahkan: Ibu telah ~ pasu bunga itu dr luar rumah ke dlm rumah. 3 mengganti sesuatu dgn yg lain; mengubah: Apabila kami sampai, mereka ~ perbualan mereka dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengalih keluar akaun atau mengeluarkan akaun? Apakah perbezaan antara mengalih keluar dengan mengeluarkan?Tidak ditemukan perkataan "mengalih keluar" dalam bentuk istilah. Sekiranya dalam bentuk kata umum, perkataan "mengalih" hendaklah diikuti dengan objek, seperti mengalih baldi dan mengalih percakapan. Oleh itu, frasa yang betul ialah "mengeluarkan akaun". Tatabahasa01.10.2024
Sila nyatakan frasa yang mana betul. 1. Tanpa 'mengalih' tiub, gantikan kayu dengan batu. 2. Tanpa 'mengalihkan' tiub, gantikan kayu dengan batu. Terima kasih.Perkataan mengalih dan mengalihkan, kedua-duanya betul dan booleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa28.08.2012
Apakah perbezaan antara “mengalih keluar” dengan “mengeluarkan?”

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) pada halaman 61 dan 1029, terdapat beberapa perbezaan antara perkataan mengalih keluar dengan perkataan mengeluarkan dari segi penggunaannya.

 

1. Mengalih keluar: Perkataan ini membawa makna yang lebih spesifik, iaitu memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya, perkataan mengalih keluar digunakan apabila sesuatu benda perlu dipindahkan secara fizikal ke luar dari kawasan asalnya.

Contoh ayat: Oleh sebab cuaca pada hari ini cerah, Abu mengalih keluar sofanya yang basah untuk dijemur di bawah cahaya matahari.

 

2. Mengeluarkan: Perkataan ini lebih umum dan melibatkan tindakan untuk membawa sesuatu keluar dari satu keadaan, ruang atau tempat. Perkataan mengeluarkan juga boleh digunakan dalam konteks yang lebih abstrak seperti mengeluarkan suara atau produk dari kilang.

Contoh ayat: Ali mengeluarkan wang daripada tabungnya.

Tatabahasa29.09.2024
Saya memerlukan bantuan untuk mengalih bahasa bagi perkataan berikut yang akan dipaparkan pada laman sesawang : 1.Verify Address 2.There is a problem with the address provided. Please see below to confirm the correct version of the address or select Add New Shipping Address below to enter a new address. 3.Entered Address 4.Suggested Valid Address(es) (Please select a valid address) 5.ancel 6.Select Address 7.Action Needed! Terima kasihSalam sejahtera,

Puan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat terjemahan teks bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia (http://malaysiantranslatorsassociation.com/) untuk makluman lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.07.2018
Assalamu'alaikum. Saya ingin meminta kerjasama untuk mengalih bahasa seperti di bawah: 1. Meanwhile all our rights are reserved 2. Covering Senior General Manager (beliau memangku dan membuat dua tugas serentak di samping tugas hakiki beliau)Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 

1. Sementara itu, semua hak cipta adalah terpelihara

2. Memangku Pengurus Besar Kanan
Lain-lain10.07.2020
Mohon bantuan pihak DBP untuk khidmat nasihat untuk mengalih bahasa: Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Kami berpendapat bahawa perkataan diatas bermaksud: Sistem Pemangkin Pengurangan Selektif (SCR) dalam bahasa melayu. Mohon khidmat nasihat dan pengesahan pihak DBP

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan Sistem Pengurangan Bermangkin Terpilih sebagai padanan untuk perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System.

Penyemakan dan penterjemahan23.07.2019
Saya telah di tugaskan untuk mengolah kembali piagam syarikat. Adakah DBP menyediakan pekhidmatan mengalih bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Malaysia ? Jika ada , bagaimana cara permohonan boleh dibuat dan cara kos dikira. Piagam versi Inggeris mempunyai lebih kurang 239 jumlah perkataan.Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan dokumen seperti yang dinyatakan. Kami cadangkan saudara hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) untuk mendapatkan khidmat yang diperlukan.Lain-lain01.03.2011
Dalam memecahkan di penghujung baris perkataan yang ejaannya boleh bermula dengan mana-mana huruf 'a/e' atau 'k', contohnya alih/kalih dan embut/kembut yang menggunakan imbuhan meN, contohnya 'mengalih' dan mengembut adakah ia dipisahkan pada sukukata mengikut perubahan dari imbuhan (me-nga-lih/me-ngem-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'k' atau pada pecahan kata dasar (meng-a-lih/meng-em-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'a'?Kata dasar bagi mengalih dan mengembut ialah alih dan embut. Dalam proses pengimbuhan, imbuhan awalan meng- akan menerima kata dasar yang di pangkal perkataan vokal.Tatabahasa27.12.2013
saya ingin menyemak alih bahasa English - Bahasa Melayu berikut. Hydrate - Terhidrasi Dehydrated - (membawa mak tidak terhidrasi) tapi boleh kah saya mengalih bahasa ke nyah-hidrasi atau dehidrasi? Terima Kasih

Puan Nur Aisya,

Padanan bagi perkataan "hydrate" ialah menghidratkan. Padanan bagi perkataan "dehydrated" ialah dinyahhidratkan. 

Istilah08.02.2010
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang meng­gunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain).  Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi.Istilah09.05.2012
12

Kembali ke atas