apakah perbezaan di antara mengalu - alukan dan mempersilakan? Bolehkah perkataan mengalu - alukan digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat? | Mengalu-alukan bermaksud menyambut kedatangan tamu dan lain-lain (dengan hormat dan mesra). Mempersilakan bermaksud meminta (menjemput, mengajak) dengan hormat. Perkataan mengalu-alukan boleh digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat. | Makna | 20.03.2019 |
Tuan? Yang manakah betul? 'Kami mengalu-alukan kedatangan anda' atau 'Kami mengalu-alukan anda'? Ayat ini untuk menyambut kedatangan seseorang. Terima kasih. | Tuan, Kedua-duanya betul namun yang lebih tepat ialah 'Kami mengalu-alukan kedatangan anda' kerana ia merujuk kedatangan seseorang. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
Penggunaan ayat 'Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri dari/daripada Universiti Utara Malaysia? Terima kasih. | Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri daripada Universiti Utara Malaysia. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
mengalu-ngalukan atau mengalu-alukan. yang mana betul. | Yang betul ialah mengalu-alukan | Ejaan | 08.08.2007 |
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
Kata dasar mengalu-alukan ialah alu-alu. Oleh itu, yang mana betul antara kata-kata aluan dengan kata alu-aluan? | Ungkapan yang betul ialah kata alu-aluan. | Ejaan | 06.04.2007 |
3. Pengerusi turut mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah serta selamat datang kepada ahli JLAKS yang baru dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama mulai 19 Sep 13 seperti berikut: 4. Mesyuarat juga dimaklumkan, terdapat ahli JLAKS yang tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini seperti berikut: | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Lain-lain | 13.01.2014 |
MENCARI PELUANG PEKERJAAN DI DBP...TERIMA KASIH | Kami amat mengalu-alukan sekiranya saudara mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 04.01.2013 |
perkataan alu-aluan pun tak ada dalam kamus. Bagaimana kalau kata-kata aluan/ kata alu-aluan itu disebut kata mengalu-alukan =1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; | Frasa yang betul ialah kata alu-aluan. | Tatabahasa | 07.04.2012 |