Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengamalkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan ayat mana yang betul? 1) Kebanyakan penduduk daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. 2) Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih.Tatabahasa06.06.2012
(Orang ramai di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) ATAU (Ramai orang di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) Antara yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul?Orang ramai sama maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. Merujuk ayat saudara, ayat pertama adalah betul, iaitu Orang ramai (masyarakat) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. Ayat kedua kurang tepat kecuali jika ditukarkan menjadi, Banyak orang (bukan ramai orang) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.Tatabahasa17.01.2011
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
ibu bapa harus sendiri mengamalkan amalan membaca. ayat ini betul?Ayat tersebut tidak gramatis. Ibu bapa mesti mengamalkan budaya membaca.Tatabahasa26.07.2013
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih(i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara.Makna13.12.2007
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasiSdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan  tidak selalu suka berkhayal sahaja.Makna24.02.2009
Terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar tentang penggunaan perkataan fata morgana. Jika saya membetulkan konteks ayat kepada ayat demikian. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca. Dengan ini, matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana

Untuk makluman sdri  Hui, ejaan fatamorgana dirapatkan bukan dijarakkan menjadi dua perkataan.  Fatamorgana bermaksud sesuatu yang bersifat khayalan. 

Sdri Hui telah membina dua ayat tunggal. Walau bagaimanapun, dalam tatabahasa bahasa Melayu, pembentukan ayat sdri  boleh digabungkan dengan memasukkan kata hubung " supaya" menjadi ayat  majmuk keterangan(rujuk Buku Tatabahasa Dewan hlm 514-515) ayat sdri  boleh ditulis seperti yang berikut:

 (1) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi fatamorgana semata-mata.

atau

 (2) Kita mesti mengamalkan budaya suka membaca supaya matlamat menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu tidak menjadi khalayan semata-mata.

Untuk makluman sdri Hui,  penambahan kata supaya merupakan kata  keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan  yang dihajati atau diharapkan.

Tatabahasa25.02.2009
salam sejahtera, berikut merupakan dasar kualiti organisasi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISME MELALUI PERLAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI saya ingin meminta pandangan, adakah ayat dasar kualiti ini terdapt sebarang kesilapan tatabahasa? contohnya perlaksanaan? terima kasih.Ayat yang betul ialah; MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA, IAITU  PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME  MELALUI PELAKSANAAN  PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI.Tatabahasa14.11.2013
1.Dia menggantung/menggantungkan jam itu di/pada dinding. 2.Dia menampal/menampalkan gambar di/pada papan kenyataan. 3.Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi/diperoleh agar ilmu tersebut kekal dalam ingatan kita. 4.adakah tidak menggalakkan penggunaan perkataan "haruslah" dalam karangan murid?1. Dia menggantungkan jam itu pada dinding. 2. Dia menampalkan gambar pada papan kenyataan. 3. Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperoleh agar ilm tersebut kekal dalam ingatan kita.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Soalan no.4 tidak jelas.Tatabahasa09.05.2009
apakah yang menyebabkan orang ramai sukar mengamalkan bahasa melayu yang betul?Pertama, kami mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan saudari tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Untuk makluman saudari, penggunaan Bahasa Melayu yang betul merupakan tanggungjawab warganegara Malaysia. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan perlu kita bersama-sama memartabatkannya. Banyak tulisan tentang penggunaan Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh DBP terutamanya dalam majalah-majalah terbitan DBP.Lain-lain21.07.2007
1234

Kembali ke atas