Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap? | Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya. | Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Antara ayat di bawah ini yang mana betul? a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. b. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan pada peringkat daerah. c. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan dalam peringkat daerah. d. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. | Yang paling tepat ialah - a. Ali mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. | Tatabahasa | 11.05.2009 |
Salam 1Malaysia, Permasalahan yang sebenarnya ialah mengambil berat tentang atau terhadap. Ada munsyi bahasa menyatakan bahawa mengambil berat tentang sesuatu manakala mengambil berat terhadap seseorang. Adakah konsep ini boleh diguna pakai? Seperkara lagi, adakah kata sendi ke atas sesuai digunakan selepas frasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman? Harap jelaskan. Sekian. KAY SEVEN | Maklumat tentang penggunaan kata 'tentang' dan 'terhadap' adalah betul. Untuk lebih memahami 'tentang' ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa ke atas digunakan bagi merujuk kedudukan di atas. Berdasarkan contoh ayat yang diberi penggunaan kata yang lebih gramatis ialah 'mengenakan hukuman terhadap'. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat akan kebajikan pekerjanya atau Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya munsyi, manakah ayt yang manakah betul? | Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Mesyuarat mengambil ingatan bahawa pihak Jabatan bercadang untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhad. atau Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd Yang mana satu betul ayat tersebut. | Mesyuarat mengambil ingatan cadangan untuk mewujudkan dana bersama ABC Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
pihak majlis peguam malaysia telah 'mengambil alih' firma tersebut serta semua fail - dokumen 'di dalamnya'. perkataan 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' jarak atau tidak?? terima kasih. | Kedua-dua perkataan iaitu 'mengambil alih' dan 'di dalamnya' perlu dijarakkan. | Tatabahasa | 27.04.2007 |
1.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan dari para pelanggan. 2.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. mana satu ayat yang betul? | Ayat kedua yang betul, seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Assalamualaikum. Saya nak bertanya, menangkap gambar atau mengambil gambar? Istilah mana yang lebih tepat? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Penggunaan perkataan bahawa: Yang mana betul. a. Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan ... atau b. Mesyuarat mengambil maklum cadangan... Yang mana betul a. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya... atau b. Sukacita dimaklumkan tuan telah berjaya... Yang mana betul a. Dengan hormatnya saya merujuk kepada ..... atau b. Saya dengan hormatnya merujuk kepada.... | Frasa yang betul ialah "Mesyuarat mengambil maklum cadangan ..." dan "Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya ..." dan "Dengan hormatnya saya merujuk ...". | Tatabahasa | 03.05.2012 |