Salam sejahtera. Saya ingin tanya a)mengambil gambar untuk dijadikan kenangan b)mengambil gambar untuk menjadi kenangan Ayat yg manakah betul?terima kasih. | Ayat yang gramatis "...mengambil gambar sebagai kenangan". | Tatabahasa | 06.08.2016 |
soalan merakam gambar, mengambil gambar dan menangkap gambar. Manakah antara berikut yang paling tepat digunakan apabila hendak membina ayat. apakah perbezaan ketiga-tiga perkataan tersebut | Merakam gambar dan mengambil gambar adalah betul dan boleh digunakan dalam ayat. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Seorang ayah mengambil gambar anaknya di majlis hari lahir untuk menjadi kenangan manis. 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis. | 2. Seorang ayah mengambil gambar anaknya dalam majlis hari lahir untuk dijadikan kenangan manis. | Tatabahasa | 02.03.2019 |
1. menangkap gambar/ mengambil gambar/merakam gambar | Yang betul ialah merakam gambar, walau bagaimanapun menangkap gambar lazim digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Salam sejahtera. Frasa-frasa yang berikut betul? Merakam gambar, merakamkan gambar, menangkap gambar, dan mengambil gambar. Terima kasih. | Merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
Frasa kerja yang manakah betul? Menangkap gambar atau mengambil gambar? | Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan tidak salah jika digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan sahaja. | Makna | 13.03.2018 |
Assalamualaikum. Saya nak bertanya, menangkap gambar atau mengambil gambar? Istilah mana yang lebih tepat? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Saya ada kemuskilan mengenai apakah yang sesuai untuk merakam gambar. Adakah merakam gambar itu betul atau tangkap gambar itu betul atau mengambil gambar itu betul? | Istilah yang betul ialah merakam gambar. Kedua-dua perkataan, iaitu mengambil gambar dan menangkap gambar adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, menangkap gambar dan mengambil tidak boleh digunakan dalam ayat kerana digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 24.09.2013 |
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja? | 1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
| Tatabahasa | 14.05.2020 |
Cadangan terjemahan untuk perkataan "selfie stick" atau kayu yang digunakan untuk mengambil gambar selfie? | Terjemahan "Selfie stick" yang dimaksudkan dalam soalan mengikut istilah ialah monopod. Terima kasih. | Istilah | 06.06.2017 |