Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mempertimbangkan, memperhitungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu betul? 1. mengambilkira/mengambil kira 2. ambil kira/ ambilkira 3. tingkahlaku/tingkah laku 4. selok-belok/selok belok 5. vandalisme/vandalisma 6. bersangkut-paut/bersangkut pautEjaan yang betul ialah (1) mengambil kira; (2) ambil kira; (3) tingkah laku; (4) selok-belok; (5) vandalisme; (6) bersangkut paut.Ejaan22.08.2014
Tuan/Puan, Saya ingin meminta nasihat mengenai perkataan di bawah, satu atau dua perkataan? -Maklum balas -Memudahcara -Mengenal pasti -Merekabentuk (design) -Mengambil kira -Diubahsuai Di samping itu, saya juga ingin meminta nasihata mengenai penterjemahan perkataan di bawah: - vulnerable group - response to - minimum standard - Appropriately intervenes to address social and community inequality - social work intervention - accountable - accountability - to practice - to promote social justice - to engage in human service - the concern of the community - disabling environment - grief process - insight and understanding of own value - social networking - resilience - human worth - culture, gender, race, class, ethnic, religion, disability, age and life style differences between self and others Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. maklum balas 2. memudah cara 3. mengenal pasti 4. mereka bentuk 5. mengambil kira 6. diubah suai
Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. vulnerable group - kumpulan lemah/kumpulan rentan
2. response to - gerak balas terhadap/sambutan terhadap
3. minimum standard - standard minimum
4.. social work intervention - intervensi kerja sosial
5. accountable - bertanggungjawab
6. accountability - kebertanggungjawaban
7. to practice - mengamalkan
8. to promote social justice – mempromosi keadilan sosial
9. the concern of the community – menjadi perhatian masyarakat
10. social networking - rangkaian sosial

Untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang lain, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan pilih padanan yang bersesuaian dengan konteks.

Ejaan11.09.2013
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Terima kasih atas sokongan pihak tuan.Lain-lain14.09.2017
Penjodoh bilangan untuk tayar: sebuah tayar atau sebiji tayar? Terima kasihJika mengambil kira penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah sebiji. Namun, tidak semua benda mempunyai/memerlukan penjodon bilangan.  Tatabahasa02.12.2010
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai bagi lebuh raya? Terima kasih.Jika mengambil kira penjodoh bilangan yang biasa digunakan untuk jalan ialah sebatang (penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang), oleh itu penjodoh bilangan yang sesuai untuk lebuh raya ialah sebatang.Tatabahasa07.09.2008
Salam sejahtera. Apakah padanan yang sesuai bagi istilah "nanofabrication" dalam bidang nanoteknologi? Terima kasih.Berpandukan pangkalan data, DBP mencadangkan istilah “nanofabrikasi” mengambil kirafabrication” diberikan padanan “fabrikasi” dalam  istilah nanofizik.Istilah10.03.2014
Tuan/Puan, Apakah terjemahan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi "Capitalisation of Weapons Systems"? Terma tersebut digunakan untuk ayat berikut: "Pengasasan semula KDNK telah mengambil kira saranan Sistem Akaun Negara 2008 (2008 SNA) iaitu menambah baik penyusunan Perkhidmatan Pengantaraan Kewangan Yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM) serta Capitalisation of Weapons Systems dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)." Sekian, terima kasih. Rafliza Ramli Kementerian Kewangan Malaysia.Capitalisation ialah permodalan. Kami cadangkan Capitalisation of Weapons Systems diterjemahkan kepada Permodalan Sistem Senjata, jika terjemahan tersebut sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa31.07.2012
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011
Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang terbaik untuk - Statistics in our Life Span?Untuk makluman puan, terjemahan bergantung pada konteks penggunaan. Perkataan yang sama mempunyai pelbagai padanan mengikut konteksnya. Tanpa mengambil kira maklumat konteks penggunaan, cadangan padanan untuk  Statistics in our Life Span  ialah Statistik Jangka Hayat atau Statistik Jangka Hidup.  Puan boleh menambahkannya kepada  Statistik Jangka Hayat Kita atau  Statistik Jangka Hayat Manusia sekiranya bertepatan dengan konteks penggunaan. Istilah19.03.2019
adakah bahasa melayu mempunyai perkataan khusus bagi makna perbuatan di bawah ini; (arena bola sepak). perbuatan pemain yg melurukan bola kpd pemain lain tanpa mengambil kira keadaan pemain tersebut yang cenderung dikasari, terlepas bola, tdk mnerima bola dengan sepatutnya. perbuatan ini seolah2 mengambil sikap 'aku dah bg bola tu, pndai2 la'.Tidak ada satu perkataan yang khusus bagi menerangkan perbuatan tersebut, daripada satu perbuatan/keadaan kepada satu perbuatan/keadaan yang lain.Istilah02.08.2014
12345

Kembali ke atas