Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan.Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
Tatabahasa25.07.2018
Penggunaan perkataan bahawa: Yang mana betul. a. Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan ... atau b. Mesyuarat mengambil maklum cadangan... Yang mana betul a. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya... atau b. Sukacita dimaklumkan tuan telah berjaya... Yang mana betul a. Dengan hormatnya saya merujuk kepada ..... atau b. Saya dengan hormatnya merujuk kepada....Frasa yang betul ialah "Mesyuarat mengambil maklum cadangan ..." dan "Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya ..." dan "Dengan hormatnya saya merujuk ...".Tatabahasa03.05.2012
Penggunaan "diberi" atau "terkandung" - yang mana lebih relevan digunakan di dalam petikan minit mesyuarat di bawah: Lembaga mengambil maklum mengenai cadangan dan laporan oleh Encik X seperti diberi / terkandung dalam Lampiran A kepada Kertas LPU30/2015.Jawapan yang sesuai untuk ayat ini ialah "Lembaga mengambil maklum mengenai cadangan dan laporan oleh Encik X seperti  terkandung dalam Lampiran A kepada Kertas LPU30/2015."Tatabahasa03.04.2015
Shahrul Nizam Oct 1st, 11:04am Sedih tak ada bahasa Malaysia sini. Lokasi KLIA2.Kami mengambil maklum pantau tegur dan merakamkan terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa kebangsaan ini. Kami akan membuat tindakan selanjutnya.Lain-lain01.10.2014
Carian untuk istilah di bawah MABBIM dan Khidmat Nasihat tidak berfungsi sudah beberapa hari. Mungkin server down? Tolong betulkan.Kami mengambil maklum berkenaan perkara ini dan akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

Terima kasih.
Lain-lain11.08.2018
Assalam Fail ini ada kaitan dengan soalan saya tempoh hari pada 7/7/2024 berkenaan dengan penggunaan YABrs. Terima kasih.Kami mengambil maklum perkara tersebut dan akan mengemas kini jawapan KNDBP. Untuk panggilan hormat dan kaedah penggunaannya, tuan boleh merujuk SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain14.07.2024
saya cuba buat carian istilah "Ye" dalam laman DBP namun keluar error. Saya lakukan carian menggunakan Chrome dan juga Safari. Harap pihak DBP ambil tindakan. Sekian terima kasih.Kami mengambil maklum hal tersebut. Kami akan mengemukakan permasalahan ini ke Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain25.04.2017
Salam sejahtera pihak DBP, saya mendapati beberapa soalan saya masih belum dijawab walaupun sudah hampir lebih seminggu diposkan kepada pihak dbp. Saya harap tuan lebih cepat memberi respons.Pihak kami akan mengambil maklum  berkenaan soalan yang diajukan. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.10.2020
mengapakah serapan bahasa arab di dalam tulisan jawi ada yang tidak dieja dengan perkataan asal? adakah DBP mahu menambah lagi huruf di dalam tulisan jawi seperti huruf "ژ" ZH yang berasal daripada tulisan parsi.Kami mengambil maklum berkaitan dengan pertanyaan tuan dan akan menghubungi tuan melalui e-mel dalam masa yang terdekat untuk penerangan yang lebih jelas.Ejaan31.10.2023
Doli Indra TUES 17:10 Doli Indra Indra SALAM ,ramai yg btanyakan tajuk novel anugerah pertama dan pei pan karya ramlee awang murshid.. mohon jasa baik tuan mencetak semula buku ini.Selamat pagi: Pihak kami mengambil maklum cadangan tuan. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.10.2016
123456789

Kembali ke atas