Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.pu.ni] | مڠمڤوني

Definisi : memberi ampun (kpd sese­orang), memaafi (seseorang): baginda mem­punyai kuasa utk ~ orang salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngam.pu.ni] | مڠمڤوني

Definisi : memberi ampun kpd seseorang yg bersalah atau berdosa; memaafi: Semoga Allah ~ ayah saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengampuni


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Minta memberi ulasan, perkataan-perkataan berikut dilihat sangat relevan dan menepati makna pada tempat pengunanya dan mudah difahami. Tepi ia masih tidak mantap status dalam kamus Melayu, antaranya: 1) (Pembaikian) rumah itu memakan masa sebulan. 2) (Perasmi) majlis ialah YB Lee. 3) DYMM Raja perempuan Kelanta (mengampuni perkenan) untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 4) Dia ingin tahu (duduk) perkara sebenar. Terima kasih. frpd: liahhooi

Encik Lee,

Berikut dikemukakan ayat yang mengikuti tatabahasa Melayu yang betul;

   (1)  Jangkamasa membaik pulih rumah itu memakan masa sebulan. Atau; Jangkamasa pembaikan rumah itu   memakan masa sebulan.

 (Rujuk makna kata "pembaikan"; perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan)  

  (2)  Perasmi majlis itu ialah YB Lee. atau Majlis itu dirasmikan oleh YB Lee.

(Rujuk makna perasmi ialah orang yang merasmikan majlis ).

  (3) DYMM Raja Perempuan Kelantan perkenan untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 

perkenan

izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb.

 (4) Dia ingin tahu  akan kedudukan perkara sebenar. 

Makna kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll):

Tatabahasa13.03.2009

Kembali ke atas