Salam sejahter, Berdasarkan Kamus Dewan, 'mengandar' = membawa barang dengan kandar ( yang tergantung di kedua-dua hujung kayu), memikul, menggalas. Soalan; Adakah memikul dan menggalas juga perlu menggunakan kandar ? Jika membawa beban di bahu tanpa pengandar, apa kata kerjanya ? | Merujuk Kamus Dewan memikul bermaksud membawa barang dengan galas di atas bahu, atau mengandar atau menggalas; menggalas bermaksud memikul barang-barang dengan galas (kandar) atau mengandar dan mengandar pula bermaksud membawa barang dengan kandar, atau memikul, atau menggalas. Berdasarkan huraian tersebut ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.
| Tatabahasa | 24.11.2013 |
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas 2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret 3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu 4. mengangkat - i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain. Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun) | Makna | 20.09.2011 |
Salam.Apakah kata bilangan untuk orang sekiranya dalam satu gambar, terdapat dua orang mengandar baldi susu getah yang berasingan? Kedua atau kedua dua. Sekian | Frasa yang betul ialah "kedua-dua orang..." | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Salam Sejahtera, Tuan/Puan 1. Contoh Kata kerja transitif tanpa berpelengkap: Dia menjadi guru mengelirukan saya. Bukan guru tu sebagai objek di belakang kata kerja? Jikanya objek bukannya adalah Kata Kerja Transitif? Apakah cara untuk mengenal pasti mereka? 2.Bolehkah guna kata kerja "mengandar beg sekolah"? Kegunaan kata kerja itu betul ke tak? Terima Kasih | 1. Ayat “Dia menjadi guru.” ialah kata kerja aktif tak transitif berpelengkap. Dalam ayat ini, perkataan condong itu ialah kata kerja aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya ialah pelengkap. Sekiranya pelengkap digugurkan, ayat yang terhasil tidak sempurna. 2. Penggunaan kata kerja “mengandar” dalam ayat tersebut adalah betul, namun kata kerja “menyandang” lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 145-146. | Tatabahasa | 02.10.2024 |