Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : memandang (sesuatu atau seseorang) sbg, berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap; buku itu dianggap paling penting utk mem­bantu pelajarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : menyilakan atau mengajak menari (minum dsb) dgn menundukkan kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngang.gap] | مڠڠݢڤ

Definisi : membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganggap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan 1. ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan kepadanya tidak setimpal dengan kesalahannya. (kepadanya adalah salah..adakah ini betu? 2. bahagian hadapan rumah itu remuk apabila dirempuh oleh bas. ( tuan, bolehkah remuk digunakan ? kalau tak bboleh, apakah kosa kata yang sesuai dignakan?) 3. Majlis sebulat-bulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu.( sebulat-bulat adalah salah..tuan, mengapa?) 4. mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. ( diputuskan adalah salah, tuan...mengapa?) 5. sasterawan itu tidak hadir ke majlis pemberian anugerah itu kerana dia sakit. ( tuan, pemberian adalah salah..mengapa?) 6. tuan.. terima kasih bersungguh-sungguh atas bantuan tuan kepada saya.

1. Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahannya. - ayat yang lengkap ialah ... dijatuhkan oleh hakim ... (ayat pasif kepada ... hakim menjatuhkan ...

2. Bahagian hadapan rumah itu roboh/rosak teruk/musnah apabila dirempuh oleh bas. - remuk bermaksud hancur berkecai seperti kaca 

3. Majlis sebulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu. - bulat-bulat bermaksud berbentuk bulat  

4. Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. - peraturan yang ditetapkan (bukan diputuskan) 

5. Sasterawan itu tidak hadir ke majlis penganugerahan itu kerana dia sakit. - penganugerahan bermaksud penyampaian atau pemberian anugerah, manakala pemberian bermaksud penyampaian hadiah (bukan anugerah)

Tatabahasa11.04.2011
Mengapakah tatabahasa dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama?Tidak ada maklumat yang mengaitkan kenapa kata adverba tidak dimasukkan dalam golongan kata utama oleh penyusun Tatabahasa Dewan. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.Tatabahasa19.10.2012
Mengapakah Tatabahasa Dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? Kata 'misalan' mempunyai berapa morfem? Terima kasih.Dalam ruangan Kata Pengantar buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, "Dalam Edisi ini terdapat beberapa beberapa perubahan dan tambahan kepada edisi yang lama. Hal ini berlaku demikian kerana pihak penulis telah mengambil kira pandangan dan maklum balas pakar bahasa Melayu dan penggunan Tatabahasa Dewan. Dalam edisi ini, penulis telah menambah dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kata tugas". Jelas di sini tidak ada perubahan dalam golongan kata utama dan panel buku Tatabahasa Dewan bersetuju menambah subkelas kata tugas.Tatabahasa28.09.2012
TOLONG ABAIKAN SOALAN SAYA KERANA TERSALAH FAHAM MENGANGGAP RUANGAN INI UNTUK PERTANYAAN MENGENAI KEMUSYKILAN PERIHAL AGAMASoalan puan di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain13.03.2012
Ini zaman teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Ada pihak menganggap singkatan TMK dalam ayat di atas janggal kerana singkatan yang lazim digunakan ialah ICT. Apakah pendirian DBP?Untuk makluman saudara, dari sudut universal, ICT memang menjadi pilihan pengguna, namun demikian, dalam konteks Malaysia, disarankan agar digunakan TMK kerana secara tidak langsung, kita akan dapat memperkayakan lebih banyak kata daripada bahasa kebangsaan dan akan dapat memupuk rasa megah bahasa.Lain-lain25.06.2007
apakah perbezaan menyalahkan dan mempersalahkan, membaiki dan memperbaiki?

menyalahkan
1. menganggap salah ,menangkis
2. mempersalahkan
menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah.

1.membaiki
   membetulkan

2. memperbaiki

menjadikan bertambah baik



Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 

Tatabahasa21.04.2008
Quran atau al-Quran. Ayat: (1) Dia membeli sebuah Quran. (2) Dia membacakan ayat Quran sebagai dalil. (3) Dia menganggap saya sebagai Quran buruk. Yang manakah lebih tepat: Quran atau al-Quran?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh diterima pakai.

Istilah29.12.2009
Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2012 menggunakan perkataan internet. Penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama perkataan itu menunjukkan majalah itu menganggap Internet ialah kata nama am. Jawapan Khidmat Nasihat pula menunjukkan Internet dianggap sebagai kata nama khas dan kata nama am. Adakah Internet tergolong sebagai nama khas sahaja atau dapat juga menjadi nama am dalam keadaan yang tertentu?Untuk makluman tuan, berdasarkan kesepakatan ahli jawatankuasa istilah bidang komunikasi dan multimedia, kata internet bukanlah merupakan kata nama khas lagi kerana tersebut telah pun diterima umum dan digunakan secara meluas. Oleh yang demikian, kata tersebut telah diterima sebagai kata nama am dan dieja dengan menggunakan huruf kecil.Lain-lain13.04.2012
Encik, Mengapakah soalan yang saya kemukakan kepada pihak DBP tidak mendapat jawapan yang konkrit? Misalnya dua soalan saya yang terakhir: Encik, Adakah penggunaan perkataan 'memandang' dalam ayat yang berikut betul? * Banyak orang sedang memandang kemalangan yang ngeri itu. Jika salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah "menyaksikan". (Pihak encik tidak menjawab sama ada penggunaan 'memandang' dalam ayat saya betul atau sebaliknya) Dalam soalan terakhir saya, pihak encik memberikan maksud 'stayback' ialah berada. Bukankah perkataan 'stay' barulah bermaksud berada. Terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, memandang mempunyai 4 takrifan, iaitu :

1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak;

2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua;

3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta;

4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai.

Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan yang tepat dan sesuai  ialah menyaksikan kerana maksud menyaksikan ialah 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertambah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini.  

Untuk makluman saudara, sesuatu perkataan yang hendak digunakan perlu juga melihat bidang dan konteks ayat . Begitu juga  dengan perkataan stay back, padanan yang sesuai untuk contoh ayat yang saudara berikan ialah berada. Stay mempunyai pelbagai maksud. Sila rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan untuk maklumat lanjut.   

Tatabahasa15.01.2010
Assalamualaikum..sy nak tanya, perkataan "perlekehkan" berdasarkan kata akar "lekeh" adakah benar?Perkataan memperlekehkan daripada kata dasar lekeh yang bermaksud menganggap sesuatu itu mudah.Tatabahasa27.02.2012
1234

Kembali ke atas