Saya ingin menjadi seorang penulis novel/cerpen, bagaimana dan di mana saya harus bermula?? | Saudara harus membaca buku-buku yang berkaitan dengan penulisan novel dan cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Selain itu, saudara harus menganggotai persatuan penulis agar dapat mengikuti kursus atau bimbingan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga disarankan supaya berkawan dengan penulis yang terkenal untuk mempelajari teknik-teknik penulisan penulis tersebut. Saudara boleh menghantar cerpen kepada editor yang menangani penerbitan majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.02.2008 |
apakah sumbangan yang dihulurkan oleh dbp untuk perkembangan BM sejak ditubuhkan? | Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah dsb. diterbitkan.Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.04.2009 |
Saya berminat dengan bidang penulisan. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan pandangan dan komen terhadap idea atau penulisan saya? | Perkara utama yang perlu saudara lakukan adalah menghasilkan karya untuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saudara boleh berkunjung ke Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Saudara boleh berbincang dengan editor yang menguruskan penerbitan majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, dan sebagainya tentang hasil penulisan saudara. Saudara juga boleh menganggotai persatuan penulis di tempat saudara untuk mengasah bakat saudara dalam bidang penulisan. | Lain-lain | 11.03.2008 |