Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.gur] | مڠڠݢور

Definisi : 1. mengalih, menganjak (ta­nam­an dll); 2. mengerat cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu, dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh diubah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.gur] | مڠڠݢور

Definisi : tidak bekerja, tidak mempunyai pekerjaan: di kampung itu banyak anak muda yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.gur] | مڠڠݢور

Definisi : 1 menanam keratan batang atau cabang. 2 mengerat batang atau cabang utk ditanam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngang.gur] | مڠڠݢور

Definisi : tidak bekerja: Banyak pemuda yg ~ datang mencari pekrjaan di kilang perusahaan. pengangguran keadaan atau hal tidak bekerja: Dgn bertambahnya bilangan penduduk, masalah ~ pun timbul. penganggur orang yg menganggur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganggur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud menganggurMenganggur bermaksud tidak bekerja atau tidak mempunyai pekerjaan.Makna21.10.2009
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?]Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan.Lain-lain17.11.2011
ada x mksud bg lambakan graduan menganggurBermaksud jumlah penganggur daripada lulusan institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat.Makna08.09.2009

Kembali ke atas