KAMI INGIN MENGANJURKAN PROGRAM YANG BERTAJUK FIESTA MAKANAN. SEKIRANYA PIHAK DBP SETUJU PENGUNAAN NAMA FIESTA MAKANAN BOLEH PIHAK DBP KELUARKAN SATU SURAT KEPADA KAMI KEBENARAN MENGUNAKAN NAMA TERSEBUT. | Perkataan "Fiesta" tidak boleh digunakan. Sila tukar kepada Pesta (Pesta Makanan ). Untuk mendapat sijil pengesahan, sila hantar melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP) | Lain-lain | 10.12.2014 |
Saya akan menganjurkan program dalam berkaitan dengan silat dalam kawasan kampong. Program mengandungi pertandingan dan persembahan dari persatuan-persatuan silat. Program dalam sehari sahaja. Apa patut saya gunakan PESTA atau KARNIVAL untuk tajuk atau gambaran kepada majlis tersebut. | Frasa yang sesuai digunakan ialah "KARNIVAL PERSATUAN-PERSATUAN SILAT". | Tatabahasa | 11.12.2013 |
Adakah DBP menganjurkan kursus Penulisan Teks Ucapan? Jika ada, bila tarikh dan cara memohon | Sila hubungi Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat lanjut. Atau mohon kepada DBP untuk memohon kurusu diadakan di tempat pemohon. | Lain-lain | 09.05.2008 |
Adakah DBP menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan Tatabahasa bahasa Melayu? Jika ada, harap dapat maklumat, terima kasih. | DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.07.2012 |
bagaimana hendak mengetahui DBP ada menganjurkan apa-apa peraduan?? | Terima kasih atas minat saudara untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk mengetahui sama ada DBP ada menganjurkan peraduan, saudara disarankan supaya melayari laman DBP untuk memuat turun borang peraduan. Iklan juga dikeluarkan dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 02.03.2010 |
Cucu Tok Wan 12.58 PAGI Cucu Tok Wan assalamualaikum.. saya berminat untuk menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi, bagaimana cara untuk saya mohon maklumat yang berkaitan.. terima kasih.. | Tuan, untuk menganjurkan Bengkel Tulisan Jawi, pihak tuan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP bagi mendapatkan maklumat lanjut. Tuan boleh berhubung melalui e-mel dengan Dr. Dahlina menggunakan alamat: dahlina@dbp.gov.my atau menghubunginya melalui talian 03-21479224. Terima kasih. | Lain-lain | 28.08.2017 |
APAKAH MAKSUD KONVENSYEN BELIA DAN BAGAIMANA HENDAKLAH MENGANJURKAN SESUATU KONVENSYEN.ADAKAH SAMA DENGAN FORUM ATAU DIALOG | Konvensyen belia ialah satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan melibatkan pembentangan kertas kerja. Persediaan untuk menganjurkannya sama juga dengan persediaan untuk menganjurkan forum atau dialog. Forum dan dialog biasanya tidak melibatkan pembentangan kertas kerja. | Lain-lain | 26.09.2008 |
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta festival tersebut ialah masyarakat bukan Melayu. DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP. Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang. | Lain-lain | 27.07.2013 |
Salam....saya ingin mencadangkan agar DBP lebih aktif dalam menganjurkan lebih banyak pertandingan menulis esei terutamanya yang bersifat akademik yang mampu mencabar keupayaan daya fikir pelajar IPT di Malaysia.Saya dapati pertandingan seperti ini amat kurang di anjurkan dan juga kurang publisiti.Mohon kerjasama agar hal ini dapat diberi perhatian agar langkah yang sewajarnya diambil bagi memperkasakan daya intelektual mahasiswa tempatan.sekian | Waalaikumusalam wbk. Ribuan terima kasih atas cadangan menarik daripada sdr itu. Pihak kami akan mengetengahkan cadangan sdr itu untuk perhatian dan tindakan Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam DBP. Bagi mengetahui dan mengikuti aktiviti semasa DBP, pihak kami juga mengalu-ngalukan agar dari semasa ke semasa pihak sdr dapat melayari laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my. Berhubungan dengan program pertandingan, buat kali ketiga pada tahun ini, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan program Akademi Sastera 2010 pada 28 Oktober 2010 (Khamis), pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan sembilan (9) buah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan penyelidik sastera dan memupuk kemahiran berkomuniksi serta penggunaan kaedah penyampaian ilmu kritikan sastera di kalangan pelajar IPTA. Dalam hal ini, pihak kami mengalu-ngalukan kehadiran sdr dan pelajar-pelajar IPTA yang lain untuk turut serta ke dalam program Akademi Sastera ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam. | Lain-lain | 19.10.2010 |
aslamualaikum..saya ingin juga mendapatkan sebarang maklumat mengenai dengan sayembara puisi atau cerpen untuk memudahkan saya menyertainya terutama di sekitar Kota Kinabalu.. | Puan Juliah, Pada tahun ini DBP Cawangan Sabah tidak menganjurkan sayembara puisi atau cerpen. Selain dari DBP, persatuan penulis juga ada menganjurkan sayembara seumpama ini. Puan bolehlah menghubungi Yang Dipertua Badan BAHASA Sabah, Encik Jasni Matlani melalui nombor telefon 0168115593 atau Pengerusi Ikatan Penulis Sabah (IPS) melalui nombor telefon 0128330664. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.01.2009 |