Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.ta.ra.i] | مڠنتاراءي

Definisi : 1. membuat antara, memisah­kan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.ta.ra.i] | مڠنتاراءي

Definisi : 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengantarai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud selingan?sesuatu yg menyelingi (menyelang, menyela), sesuatu yg mengantarai.Makna08.03.2013
PENGGUNAAN BAHASA 1) PENGANTARAAN ATAU PENGANTARAN 2) PENGHANTARAAN ATAU PENGANTARAAN SOALAN TWITTER DBPAntara semua perkataan yang disoal, hanya perkataan PENGANTARAAN yang mempunyai maksud iaitu
perbuatan (hal, cara dan sebagainya) mengantarai atau hal yang memisahkan dua benda dan lain-lain.


Tatabahasa18.01.2018
Salam, Boleh saya tahu perbezaan maksud 'perantara' dan 'pengantara' serta konteks penggunaan kedua-duanya? Terima kasih.
Menurut data kami, perkataan perantara membawa maksud orang tengah, peng­hubung (dalam perundingan dan lain-lain): dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman. (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala pengantara bermaksud  1. perihal mengantarai (ber­tindak sebagai orang tengah): dalam pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dari negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain): saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya; 3. = dengan ~ dengan jalan, melalui: kursus itu diberikan dengan ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Sehubungan dengan itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud hampir sama.
Makna12.08.2018

Kembali ke atas