| Perkataan mengantuk sering silap digolongkan kelas katanya.Apakah kelas kata sebenar bagi perkataan mengantuk. Jika kantuk adalah kata nama, adakahmengantuk jadi kata kerja? | Uniknya bahasa Melayu kerana kelas kata boleh berubah mengikut konteks ayat. Kelas kata mengantuk ditentukan melalui konteks penggunaan seperti yang berikut: (1) Ali berasa amat mengantuk. (mengantuk = kata adjektif) (2) Walaupun baru pukul 8.00 malam, Ali sudah mengantuk. (mengantuk = kata kerja). | Tatabahasa | 07.09.2018 |
| Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia bertahan daripada tertidur. atau Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia bertahan dari tertidur. | Ayat yang betul ialah “Maisya sebenarnya mengantuk, tetapi dia menahan diri daripada tertidur.” Untuk maklumat lanjut tentang ayat, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431 - 581. | Tatabahasa | 14.04.2025 |
| apakah yang dimaksudkan dengan umpama orang mengantuk disorongkan bantal? | Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa umpama orang mengantuk disorongkan bantal bermaksud memperoleh apa yang diingininya. Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang lapar diberi nasi. | Lain-lain | 13.03.2007 |
| Perkataan seperti Yang Tetap Hidup, Yang Kekal, Yang tidak mengantuk dalam ayat di bawah perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil? Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. | Dari aspek penulisan bahasa Melayu, terdapat beberapa garis panduan yang lebih terperinci mengenai penggunaan huruf besar, terutamanya apabila merujuk sifat-sifat Tuhan atau Allah. Yang berikut merupakan penjelasan lanjut berdasarkan ayat yang diberikan: 1. Yang Tetap Hidup dan Yang Kekal Kedua-dua istilah ini merujuk sifat-sifat Allah yang mulia. Mengikut kaedah penulisan rasmi, apabila menyebut sifat-sifat Allah, kita menulisnya dengan huruf besar untuk menunjukkan penghormatan kepada-Nya. Contoh: Yang Tetap Hidup, Yang Kekal (huruf pertama bagi setiap kata besar kerana frasa khusus yang merujuk sifat Allah). 2. Yang tidak mengantuk Sifat Allah yang tidak pernah mengantuk ini juga merujuk kebesaran-Nya. Oleh sebab itu, turut ditulis dengan huruf besar pada perkataan “Yang” dan “tidak mengantuk” sebagai satu ungkapan khas yang merujuk sifat Allah. Contoh: Yang tidak mengantuk. | Ejaan | 19.11.2025 |
| sleep y | mengantuk - Rasa macam hendak tidur | Lain-lain | 11.02.2009 |
| Salam, Contoh kata penguat "sungguh" berikut betul? (1)Dia mengantuk sungguh. Terima kasih | Kata penguat "sungguh" dalam ayat tersebut betul kerana ia merupakan kata penguat bebas. Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 260.
| Lain-lain | 11.06.2022 |
| Ayat 2 Lori yang Ali pandu telah terbabas semasa pulang dari ladang kelapa sawit kerana dia mengantuk akibat keletihan. A. Lori yang dipandu Ali B. Lori yang telah dipandu oleh Ali C. Lori yang telah Ali pandu D. Lori yang Ali pandu Kebiasaan saya terangkan kepada pelajar : Ayat pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh manakalan pasif diri ketiga menggunakan perkataan di dan oleh. Cth : Saya tendang bola itu. Bola itu saya tendang Ali tendang bola itu. Bola itu ditendang oleh Ali. Adakah penggunaan perkataan telah dalam ayat di atas menyebabkan tidak boleh menggunakan perkataan di dan oleh | 1. Lori itu dipandu oleh Ali. 2. Lori itu telah terbabas. Ayat yang betul ialah "Lori yang dipandu oleh Ali telah terbabas.... Ayat tersebut telah mengalami peluasan dengan kata hubung pancangan relatif "yang". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
| 9) Van yang membawa pekerja kilang itu tersengguk-sengguk kerana hampir kehabisan minyak. 10) Ayah telah membeli beberapa tangkai tasbih semasa mengerjakan umrah di Mekah. | 1. Perkataan tersengguk-senguk tidak sesuai kerana perkataan tersebut bermaksud terangguk-angguk(orang mengantuk).2. Perkataan tangkai tidak sesuai kerana perkataan ini bermaksud i.gagang pada buah ii. penjodoh bilangan untuk bunga. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
| Apakah maksud a terpesot b terngilai-ngilai c berlatarbelakangkan ( perkataan ini adalah sambung bersama?) d tersenguk-senguk terima kasih. | a. perkataan terpesot tiada dalam rujukan kami. Sila pastikan ejaan sebenar. b. terngilai-ngilai ialah ketawa dengan kuat dan nyaring bunyinya c. berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah. d. tersengguk-sengguk ialah kepala bergerak ke depan atau ke belakang, seperti keadaan orang mengantuk dan sebagainya. | Tatabahasa | 21.06.2010 |
| Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih | 1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantuk | Lain-lain | 06.05.2008 |