| Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat? | Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat? | Tatabahasa | 17.02.2011 |
| Salam sejahtera. Tuan/Puan, adakah terdapat perbezaan antara "kenapa" dengan "mengapa"? Terima kasih. | "Mengapa" dan "Kenapa" merupakan kata tanya sebab. Penggunaan yang rasmi ialah "Mengapa", manakala "Kenapa" merupakan bahasa percakapan. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
| soalan saya: Apakah perbezaan kenapa dan mengapa? minta berikan contoh penggunaan kenapa dan mengapa. terima kasih ;-) | Kenapa dan mengapa sama makna. Untuk penggunana rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan. | Tatabahasa | 09.02.2010 |
| mengapa pada zaman ini ramai warganegara Malaysia lebih mengutamakan penggunaan bahasa english berbanding bahasa melayu ? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| Mengapa kanak kanak zaman sekarang lebih fasih berbahasa Indonesia berbanding bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Melayu | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| Mengapa buku cerita peribahasa kurang diterbitkan untuk pembacaan kanak-kanak? Jika ada pun, tajuk peribahasa yang digunakan berulang-ulang, sedangkan peribahasa Melayu begitu banyak dan meluas? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah meminggirkan penggunaan peribahasa dalam penerbitan buku kanak-kanak. Selain peribahasa sebagai tajuk, penggunaan peribahasa digunakan dalam kandungan cerita buku kanak-kanak. Hal ini bagi memudahkan pembaca memahami maksud peribahasa yang digunakan. Antara buku kanak-kanak yang menggunakan peribahasa sebagai tajuk ialah: - Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran
- Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
- Alah Bisa Tegal Biasa
- Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya
Antara buku kanak-kanak yang mengandungi peribahasa dalam kandungannya ialah: - Kisah Buah-buahan
- Mengusung Rumah Lama
| Karya | 23.10.2024 |
| Mengapa soalan yang saya tanya tidak direkodkan sejak 27/11/2024? | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 08.12.2024 |
| Mengapa frasa "hal Lain-lain" dianggap salah sedangkan masih mengikut hukum DM? | Hal ialah kata nama. Kata nama yang boleh digandakan, bukannya lain. Oleh itu, walaupun "hal lain-lain" mengikut Hukum D-M tetapi binaan katanya tidak tepat. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
| Mengapa menggunakan perkataan "pertama" bukannya "kesatu" ? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pertama ialah kesatu, julung kali, terdahulu sekali, terutama atau terpenting. Untuk makluman tuan, kata bilangan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, contoh: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dengan angka, contoh: 2, 30, 49). Kata ordinal "kesatu" boleh bertukar ganti dengan "pertama" yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. | Istilah | 17.02.2024 |
| Mengapa perkataan "tatacara" tidak termasuk dalam kata majmuk mantap sedangkan ia ditulis secara rapat? | Senarai kata majmuk mantap yang tersenarai dan tular dalam kalangan pengguna ialah contoh kategori kata berkenaan. Penulisan kata "tatacara" telah ada rumus dalam tatabhasa, iaitu awalan asing yang lama terserap masuk dan menjadi sebati dengan perkataan dasar bahasa Melayu sehingga penggunaannya amat produktif dieja bergabung dengan kata dasar. | Tatabahasa | 05.11.2023 |