Apakah perbezaan tanda baca ' dan "? | Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (" "). | Tatabahasa | 06.10.2016 |
apakah perbezaan penggunaan tanda "..." dengan '...' dalam penulisan? | Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (" "). | Tatabahasa | 15.04.2011 |
Adalah dimohon kepada pihak tuan untuk mengesahkan penggunaan kurungan ( ) atau [ ] dalam ruangan tandatangan memo. Apakah beza penggunaan (Elia Nadira Zainudin) dan [Elia Nadira Zainudin]. | Tanda kurung ( ) lazimnya digunakan dalam untuk tujuan tertentu seperti mengapit singkatan atau akronim; mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan; mengapit angkat atau abjad yang emunjukkan bilangan; dan mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. Tanda kurung siku [ ] digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit huruf, kata atau kelompok kata yang ditambah kepada bahagian teks; mengapit tahun dalam tatacara sebutan kes; mengapit ayat penjelas; dan mengapit matrik yang lebih daripada dua baris. Contoh yang suadara berikan tidak jelas, walau bagaimanapun penggunaan kedua-dua tanda tersebut boleh disesuaikan mengikut huraian yang diberi. | Ejaan | 16.11.2012 |
Apakah perbezaan antara tanda baca "......" dengan '......' ? terima kasih. | Tanda petik "..." digunakan untuk i. mengapit cakap ajuk,petikan langsung, daripada naskhah atau bahan bertulis. ii. mengapit judul rencana,karangan,puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat. iii. mengapit istilahilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal '...' digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. | Tatabahasa | 15.09.2007 |
Bagaimanakah cara penggunaan tanda petik (" ..... ") dan tanda petik tunggal ('....... ') ? Terima kasih. | Tanda petik ("...") digunakan untuk mengapit cakap ajuk,petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Mengapit judul rencana ,karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi 3 halaman77. | Tatabahasa | 03.09.2007 |
Bilakah kita menggunakan pengikat Kata " " dan ' ' para pelajar masih keliru. | Tanda '' '' petik ini digunakan untuk tujuan mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada bahan bertulis. mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Selain itu juga untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Manakala tanda petik tunggal ' ' pula digunakan dalam ungkapan atau ayat yang suadh diapit tanda petik. contoh ayat, "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Husin. Sila rujuk Gaya Dewan muka surat 77 untuk lebih memahami. Terima kasih, | Tatabahasa | 01.08.2007 |
Adakah tajuk ceramah/syarahan/ucapan memerlukan tanda petik? Contohnya ceramah "Motivasi Kekeluargaan". | Tanda petik (" ") digunakan sebagai penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung, penanda yang mengapit judul yang digunakan dalam ayat, dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus. Oleh yang demikian, tajuk ceramah tersebut tidak memerlukan tanda petik, kecuali tajuk ini dimuatkan dalam ayat, seperti contoh yang berikut: Ceramah “Motivasi Kekeluargaan” akan diadakan pada 11 Jun 2026 di Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125. | Tatabahasa | 10.06.2025 |
Assalamualaikum, Bilakah masa kita menggunakan tanda bacaan (") dan bila pula menggunakan (' ) dalam ayat? | Tanda petik (" ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut: a) mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis, b) Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.cth: Rencana yang ditulisnya, "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Pwrsatua Sains. c) Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. cth: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapait tanda petik. cth: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak nampak," sindir Hasyim. | Tatabahasa | 27.07.2020 |
Selamat petang, boleh tolong jelaskan penggunaan tanda baca "..." dan '...' . Apakah perbezaannya? | Tanda Petikan (" " ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti: a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin. b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat. Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains. c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. Tanda Petik Tunggal (' ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Contoh: "Amboi, sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim. | Lain-lain | 29.09.2014 |
Salam sejahtera.Dalam penulisan karangan, mestikah kita menggunakan pengikat kata bila kita gunakan peribahasa? Sekian. | Tanda petik tidak digunakan untuk mengapit peribahasa. Walau bagaimanapun, penggunaan tanda petik untuk mengapit peribahasa dalam karangan perlu dirujuk kepada Kementerian Pelajaran untuk kepastian. | Ejaan | 21.05.2012 |