Adakah maksud "menyalai" sama dengan "memanggang"? | Mengikut Kamus Dewan “menyalai” bermaksud (1) mengeringkan, mengasapi, memanggang di atas api (2) memanaskan badan dekat api bagi perempuan yang baru bersalin (3) memasang lampu. Manakala “memanggang” bermaksud (1) memasak, memanaskan, mendiangkan, di atas bara api (2) dalam bahasa Minang pula boleh membawa maksud membakar. Jelas daripada maksud yang diberikan, kedua-duanya berkongsi maksud yang pertama sahaja. | Makna | 06.03.2014 |
Tolong jelaskan perbezaan antara memanggang,membakar dan menyalai.Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memanggang bermaksud memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api. Membakar bermaksud 1. memanaskan sesuatu (seperti ikan, daging, pisang dan sebagainya) di atas api supaya masak, memanggang. 2. Memasak sesuatu (seperti kuih, ikan, daging, dll) dengan jalan memanaskannya dalam ketuhar. Menyalai bermaksud mengeringkan (mengasapi, memanggang) di atas api. Berdasarkan penerangan di atas, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama. | Makna | 01.04.2011 |
Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "subjecting" dalam ayat: "smoked meat shall be the meat product obtained by subjecting meat to the action of smoke." Adakah padanan yang berikut tepat : "Daging salai hendaklah merupakan produk daging yang diperoleh dengan memperlakukan daging dengan tindakan asap". | Ayat yang lebih gramatis ialah: Daging salai sepatutnya merupakan daging yang diperoleh dengan cara mengasapi daging di atas api. | Makna | 09.06.2021 |