Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.tur] | مڠاتور

Definisi : (kan) mencucuk: ~ hidung kerbau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.tur] | مڠاتور

Definisi : 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna men­cam­puri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.tur] | مڠاتور

Definisi : 1 menyusun atau menempatkan baik-baik: Ia sedang ~ buku-bukunya di dlm almari. 2 membuat supaya segala-gala rapi; mengemas: ~ rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengatur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak. 2. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak buku. 3. Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku 4. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi meja supaya kemas. 5. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas. Ayat yang mana gramatis ? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah ayat ketiga iaitu  "Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku" dan ayat kelima iaitu  "Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas."Tatabahasa20.05.2013
SALAM SEJAHTERA Pertanyaan saya boleh saya menggunakan perkataan MENGATURGERAKKAN yang mungkin atau MENGATUR GERAKKAN. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan, terima kasihCara penulisan yang betul ialah "mengaturgerakkan", iaitu perlu dieja menjadi satu perkataan kerana merupakan apitan bagi kata majmuk.Ejaan11.03.2020
Tuan, bentuk yang manakah betul, "mengurus" atau "menguruskan"?Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama, iaitu:
mengurus = 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll); dia sudah tua, tidak ada siapa yang~ kebun getahnya; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna dll) memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll)4. menguruskan = menyelenggarakan supaya berjalan dsb dengan baik (perniagaan, perdagangan,dll) memimpin dan mengatur ( perjalanan sesuatu perbadanan, dll), mengelolakan, menjalankan; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendalikan sesuatu perkara (supaya sempurna), meyelesaikan (perselisihan, dll).
Tatabahasa14.03.2015
Saya mengaturkan wartawan datang ke sini. Adakah ayat ni betul? Saya keliru dengan penggunaan perkataan "mengatur" dan "mengaturkan"."Saya mengaturkan wartawan datang ke sini" betul. Lain-lain19.10.2017
Maksud perkataan pemantauanPemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau  projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan  terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau.Makna06.10.2010
saya mencari maksud dan penggunaan perkataan DEPLOYMENT. Saya mohon bantuan TuanMaksud "deployment" ialah kerah tugas atau mengatur kedudukan. Dalam bidang Sejarah, ia bermaksud perihal menentukan kedudukan yang teratur dengan cara yang lebih strategik bagi anggota tentera dan kapal perang sewaktu pertempuran di medan perang.Makna13.05.2009
Apakah perbezaan penggunaan 'mengemas' dan 'mengemaskan' dalam serta 'memberi' dan 'memberikan' dalam konteks ayat?Kamus Pelajar menakrifkan kata mengemas ialah perbuatan menyusun atau mengatur elok-elok, seperti ayat Dia sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok; manakala mengemaskan ialah perbuatan menjadikan tersusun, seperti ayat Ia tidak diizinkan pulang sebelum mengemaskan kerjanya. Perbezaan yang jelas, kata kerja mengemas merujuk perbuatan yang sedang berlaku.Tatabahasa15.09.2015
BOLEH TERANGKAN DGN LEBIH LANJUT MENGENAI KENYATAAN DI BAWAH: Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjarMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud mengurus ialah menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun. Menyelenggarakan ialah mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Memantau pula ialah memerhatikan dan memeriksa perkembangan. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna26.03.2009
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'..Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu;

mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis;
Tatabahasa17.10.2012
Assalamualaikum. Saya Taneem Binti Ramlee. Belajar bahasa Melayu dasar,Ingin bertanya tentang tatabahasa. Terimakasih.Sedikit maklumat yang dapat diberikan tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistilk. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa10.09.2015
1234

Kembali ke atas