Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.yuh] | مڠايوه

Definisi : 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.yuh] | مڠايوه

Definisi : 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn pengayuh; mendayung: Dia ~ perahunya ke tengah sungai. 2 menjalankan basikal (beca dll) dgn memutarkan pengayuhnya; mendayung: Penarik beca itu ~ becanya dgn termengah-mengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BINA AYAT 1)bersenam-Murid-murid bersenam dengan berhati-hati. ( Mohan dan murid-murid)bersenam di padang. Adakah kedua-dua ayat ini tidak bermasalah? 2)mengayuh-Aiman mengayuh basikal di halaman.(halaman atau halaman rumah??) TERIMA KASIH.Berikut merupakan ayat yang telah diperbaik:
1. a. Murid-murid bersenam/ bermain dengan berhati-hati.
    b. Cikgu Mohan dan murid-murid bersenam di padang.


2. Penggunaan perkataan halaman sudah gramatis dalam ayat "Aiman mengayuh basikal di halaman."

Tatabahasa09.05.2014
Selamat sejahtera, mohon bantuan tuan/puan untuk menjelaskan perbezaan antara: 1) menaiki basikal 2) menunggang basikal 3) mengayuh basikal Apakah perkataan (menaiki/menunggang/mengayuh) yang paling sesuai jika seorang kanak-kanak menaiki dan mengayuh basikal menuju ke sesuatu tempat? Terima kasih.Perkataan yang paling sesuai digunakan untuk basikal ialah mengayuh.Tatabahasa12.08.2020
Soalan 1 : Adik telah mengayuh dengan laju- laju basikalnya supaya dia terlambat sampai ke sekolah. Kenapa frasa mengayuh dengan laju- laju salah? Soalan 2 : Kata banyak makna : besar Peluang yang besar Hajat yang besar Betul ke salah penggunaan besar?1. Ayat yang betul ialah “Adik mengayuh basikal dengan laju supaya dia tidak terlambat sampai ke sekolah.” atau “Adik mengayuh basikal laju-laju supaya dia tidak terlambat sampai ke sekolah.”

“Laju” bermaksud  cepat atau pantas. “Laju-laju” pula bermaksud berjalan, berbuai dan sebagainya dengan kadar yang lebih laju.

Penggunaan kata sendi nama “dengan” dalam ayat tersebut boleh ditiadakan kerana lewah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan “laju” dan “laju-laju”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1216.

2. Soalan kedua tidak jelas. Sila hantar semula soalan dengan lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan.

Lain-lain14.06.2024
apa beza mengayuh basikal dengan menunggang basikal?Mengayuh basikal bermaksud menjalankan basikal dengan memijak dan memusingkan kayuhnya. Manakala menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas basikal. Perbuatan pertama  memberi tumpuan kepada perbuatan menggerakkan basikal.Tatabahasa29.03.2012
Adakah ayat di bawah boleh diterima? Semasa mengayuh basikal dengan pantas, Hadi hilang kawalan basikalnya. Basikal Hamdi merempuh sebatang pokok.Ayat tersebut kurang tepat  dan boleh dibetulkan seperti yang berikut: Semasa mengayuh basikal dengan pantas, Hadi hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok. Tatabahasa26.02.2021
1.Apakah beza melontar bola dengan membaling bola? 2.Perbezaan antara mengayuh basikal dengan menunggang basikal? 3.memotong kuku , mengetip kuku dan memepat kuku, adakah ketiga-tiga kosa kata ini adalah sama maksud? Tidak ada perbezaaan antara melontar/membaling bola,  mengayuh/menunggang  basikal, memotong, mengetip/memepat kuku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Istilah14.08.2010
Salam sejahtera. Adakah ayat- ayat yang berikut betul ? 1 Merawat doktor kaki adik. 2. Mengayuh Hamid basikal ke sekolah. 3. Pelajar terpandai Ahmad di sekolah. 4. Berkereta Encik Wong ke pejabat. Terima kasih.Susunan ayat yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Doktor merawat kaki adik.
2. Hamid mengayuh basikal ke sekolah.
3. Ahmad pelajar terpandai di sekolah.
4. Encik Wong berkereta ke sekolah.
Tatabahasa07.09.2018
Hai, Saya ingin tahu apakah imbuhan untuk perkataan seperti menyusun, memakai, menolong dan mengayuh? Semasa saya di bangku sekolah rendah, apa yang saya belajar ialah meny, mem, men dan meng. Tetapi, kebelakangan ini, saya nampak ada buku yang menyatakan bahawa imbuhan untuk perkataan di atas ialah me. Sila bantu untuk pastikan. Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat imbuhan awalan meN-, iaitu awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-.

Imbuhan bagi menyusun, menolong dan mengayuh ialah me-, iaitu kata dasar yang bermula dengan huruf p.t,k dan s. Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu m bagi p, n bagi t,  ng bagi k dan ny bagi s.
Tatabahasa12.02.2015
salam.. saya ingin bertanya.. apakah fungsi 'yang' selain berfungsi sebagai kata hubung.. adakah ayat ini betul dalam penggunaan 'yang'.. Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain. terima kasih.Selain berfungsi sebagai kata hubung, perkataan "yang" juga berperanan sebagai frasa nama.  Contoh 1.Yang kurik kundi, Yang merah saga. 2. Yang berbaju merah itu adik saya.
Untuk contoh ayat "Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain", jika ayat ini tiada kaitan dengan ayat sebelumnya, perkataan "yang" tidak perlu.  Cukup sekadar "kanak-kanak lain bermain."
Tatabahasa15.11.2016
Apakah penterjemahan yang tepat bagi ayat ‘He cycled down the slope?’. Adakah jawapan ‘Dia mengayuh basikalnya turun dari cerun itu’ boleh diterima?Terjemahan yang betul ialah Dia berbasikal menuruni lereng bukit.Penyemakan dan penterjemahan20.02.2021
12

Kembali ke atas