Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cam] | مڠچم

Definisi : mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cam] | مڠچم

Definisi : kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cam] | مڠچم

Definisi : menegur keburukan orang dll; mencela; membidas: Abdullah berani juga ~ perbuatan bangsa Belanda dan Inggeris dlm bukunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecam
Kata Terbitan : mengecam, kecam-mengecam, kecaman, pengecam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecam/mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. mengecam dalam kamus dewan seolah-olah ada maksud yang sama?Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Dua orang wanita itu dipanggil untuk mengecamkan penjenayah yang merompak mereka. Perkataan mengecam dalam Kamus Dewan membawa maksud yang sama. Tatabahasa02.07.2008
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud?Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum.Makna02.07.2008
Boleh saya tahu apa maksud melahar?Perkataan melahar merupakan bahasa percakapan. Perkataan yang betul dan sesuai digunakan ialah mengecam, mengkritik (keras), membidas dan mencela. Makna25.01.2021
Salam sejahtera. Saya mahu mengesahkan sama ada wujud atau tidak padanan dalam bahasa Melayu untuk istilah misrecognize. Jika ada, adakah istilah seperti kesalahanggapan atau kesalahtafsiran sesuai untuk perkataan ini ? Sekian, terima kasih.Istilah misrecognize tiada dalam rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Berdasarkan padanan bahasa Melayu bagi istilah recognize, cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah misrecognize ialah salah/tak mengakui, salah/tak mengiktiraf, salah/tak mengenali atau salah/tak mengecam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah05.07.2023
SESUAIKAH PERKATAAN 'TUNTASNYA' MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' DALAM KARANGAN? WAJARKAH KITA MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KONKLUSINYA' BAGI MENGGANTIKAN PERKATAAN 'KESIMPULANNYA' SEDANGKAN PERKATAAN TERSEBUT HANYALAH PINJAMAN SAHAJA. APA PENDAPAT TUAN?

Saudara Nor Aznim,

Perkataan tuntas bermaksud menyeluruh, sempurna, lengkap,segala-galanya. Perkataan kesimpulan bermaksud 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhan­nya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pen­dapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanak­kanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara. Oleh itu, daripada kedua-dua makna tersebut, perkataan 'tunta' tidak sesuai digunakan, manakala perkataan 'konklusi' bukan varian bagi perkataan 'kesimpulan'.   

Tatabahasa17.05.2010

Kembali ke atas