Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap'? | Mengikut Kamus Dewan Perdana, "mengecap" bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala "menerap" bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap. | Makna | 16.11.2022 |
1) Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap' dalam konteks pembuatan batik? 2) Perkataan manakah yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses? | Untuk kefahaman yang asas, mengecap bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala menerap bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap. Jadi, perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses pembuatan batik ialah mengecap. | Makna | 17.11.2022 |
maksud menera | Menera bermaksud mengecap atau mencetak | Makna | 31.01.2009 |
Maksud peribahasa burung terbang dipipiskan lada | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. | Lain-lain | 24.03.2010 |
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati. | Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina. Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 07.07.2008 |
apa maksud "burung terbang dipipiskan lada" | sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. | Makna | 23.10.2007 |
Manakah perkataan yang betul penggunaannya. Menyisip minuman atau mencicip minuman? | Perkataan yang betul ialah cecap yang bermaksud menjilat dan mengecap makanan untuk mengetahui rasanya. Perkataan ini sudah pun dimasukkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, lihat halaman 253 dan 278. | Makna | 10.02.2017 |
(i)penyata tuntutan dicop tarikh terima (ii)mengecop tarikh terima pada penyata tuntutan ayat mana yang betul atau terdapat pembetulan.. | mengecap tarikh terima pada penyata tuntutan (betul)
| Tatabahasa | 28.08.2012 |
Apakah kata kerja aktif untuk dikecapi? Perkataaan 'mengecapi' tidak terdapat dalam kamus. Sekian. | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua terdapat perkataan mengecap yang ditandai dengan ki (kiasan) yang bermaksud merasai dan menikmati. | Tatabahasa | 04.04.2015 |
apakah perbezaan antara merasa dengan merasa-rasa? Nampaknya maksud dua perkataan ini sama sahaja. | Menurut Kamus Pelajar, merasa diberikan makna mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah, contoh ayat: Ibu hendak merasa kuih yang saya buat. Manakala merasa-rasa pula diberikan makna meraba-raba (menjamah) untuk mengetahui kasar halusnya atau berat ringannya sesuatu benda. | Tatabahasa | 18.03.2014 |