Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cat] | مڠچت

Definisi : memberi bercat, mewarnai (per­mukaan spt dinding dll) dgn cat: sekaliannya dicat dgn air emas; ~ dan menghiasi rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cat] | مڠچت

Definisi : mewarnai dgn cat; menyapu (menyembur) dgn cat: Dia ~ rumahnya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengecat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ali mengecat mural pada dinding sekolah. 2. Ali mengecat mural di dinding sekolah. 3. Ali mengecat mural di dinding. Mana satu yang betul? terima kasihAyat yang betul ialah no. 1.Tatabahasa09.05.2013
Alat yang untuk mengecat dinding panggil apa? Bolehkah saya menggunakan perkataan ini " pengecat"? atau jawapan lain? terima kasih.

Biasanya alat untuk mengecat dipanggil 'berus cat'. 'Pengecat' ialah orang yang melakukan kerja mengecat

Makna13.06.2009
Saya ingin bertanya tentang penggunaan ayat-ayat bagi nama aktiviti kedai di bawah untuk semua pengedar HONDA di seluruh Malaysia: 1. Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, Baik Pulih dan Mengecat 2. Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti 3. Pusat Baik Pulih dan Mengecat 4. Pusat Servis, Alat Ganti, Baik Pulih dan MengecatCadangan daripada pihak kami, sebaiknya perkataan kenderaan di tambah di setiap hujung ayat bagi menerangkan secara khusus keterangan aktiviti perniagaan tersebut. Kesemua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan dalam keterangan aktiviti perniagaan.Tatabahasa29.04.2019
selamat sejahtera, soalan saya: apakah padanan frasa yang sesuai untuk "body & paint" dalam konteks perkhidmatan membaiki badan dan mengecat kereta. Adakah boleh dikatakan "badan & cat kereta" atau ada frasa lebih tepat? Terima kasih.

Padanan terjemahan yang sesuai dengan “body & paint” ialah “khidmat baik pulih badan kenderaan dan mengecat” mengikut konteks dan konsep yang mahu diketengahkan.

Penyemakan dan penterjemahan03.09.2024
Apakah nama alat untuk mengecat garisan padang?Tidak ada maklumat tentang pertanyaan tuan dalam pangkalan data kami.Lain-lain30.04.2015
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di bawah? Pak Cik Samsudin mengecat pagar rumahnya kerana warna cat itu telah _________ A)pudar B) luntur Adakah pudar jawapan yang paling tepat?Mengapa? 2) Beberapa orang murid sedang _______di atas pentas bersempena dengan Hari Kanak-Kanak. A) menyanyi B) bernyanyi Mengapakah jawapannya bernyanyi dan bukan menyanyi?Mohon jasa baik pihak tuan menerangkan dengan lebih lanjut.1) Pudar dan luntur, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Bernaynyi dan menyanyi, kedua-duanya membawa makna yang sama.
Tatabahasa21.07.2016
Apakah terjemahan 'face painting' dalam bahasa Melayu?Kami mencadangkan "face painting" diterjemahkan sebagai "solekan wajah", "mengecat muka" atau "dandan wajah", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan03.02.2021
1. adakah perkataan "mengemop"diterima? 2. Ibu bapa harus mengambil berat: ----- pelajaran anak- anak mereka. a. akan b. tentang

Saudara,

Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop menjadi mengemop.   Bagi ayat kedua pula kata sendi nama yang sesuai ialah tentang. 

Tatabahasa21.07.2010
Soalan 1: A ) meningkatkan sumber kewangan B) menambahkan sumber kewangan Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B ? Soalan 2: A)Semua penduduk kampung B) Seluruh penduduk kampung C) Penduduk-penduduk kampung ? Manakah penggunaan kata lebih tepat ? A atau B atau C ? Soalan 3: "Seorang penduduk kampung sedang mengecat dinding pondok itu." Betulkah penggunaan seorang penduduk kampung? Terima kasih.1. (B) menambahkan sumber kewangan 
2. (A)Semua penduduk kampong, (B) Seluruh penduduk kampung 
3. Frasa "seorang penduduk kampong" boleh digunakan.
Tatabahasa10.06.2014
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? Terima kasih. 1. Murid-murid yang ingin menimba ilmu haruslah banyak membaca bahan-bahan ilmiah secara konsisten. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. Adalah penggunaan dua kata ganda tidak tidak dibenarkan dalam satu ayat? 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja mengecat bangunan sekolah akan dimulakan pada cuti penggal yang akan datang. 3. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. 4. Adik makan dengan seleranya sehingga perutnya kembung. 5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. 6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati. 7. Abang menjangkakan perniagaan itu akan bertambah maju dalam jangka masa pendek.

1. Ayat nombor 1 betul kerana dua kata ganda boleh digunakan dalam satu ayat.
2. Ayat nombor 2 betul
3. Ayat nombor 3 betul
4. Adik makan dengan berselera sehingga perutnya kembung.
5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.
7. Ayat nombor 7 betul

Tatabahasa04.07.2021
12

Kembali ke atas