pertukaran atau penukaran ? | Pertukaran ialah perbuatan atau hal bertukar, pergantian, perubahan, dsb bertukar-tukar(melibatkan sesuatu yang baru). Contoh ayat, pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Penukaran pula ialah perbuatan (hal dsb) menukar atau menukarkan. Contoh ayat, penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Makna | 03.02.2010 |
1. Awangku Merali sering termenung sejak BELAKANGAN ini kerana kecewa akan sikap keluarganya. Adakah penggunaan BELAKANGAN di atas betul? Apakah perbezaan BELAKANGAN dan KEBELAKANGAN? 2. Pemantauan harga barang-barang perlu dibuat secara mengejut terutamanya DI musim-musim perayaan? Adakah penggunaan DI di atas betul? 3. Pasu bunga itu pecah kerana IA dilanggar oleh adik. Bolehkah perkataan IA digunakan dalam ayat di atas? Terima kasih! | 1. Kedua-duanya sama, iaitu belakangan dan kebelakangan. 2. Yang betul ialah "pada musim-musim perayaan". 3. Penggunaan "ia" untuk merujuk manusia sahaja. Walau bagaimanapun, ayat boleh ditulis "Pasu bunga itu pecah kerana dilanggar oleh adik" | Tatabahasa | 06.10.2009 |
Mohon bantuan berkenaan penggunaan penukaran atau pertukaran. 1. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran buku akaun kepada kad akaun atau 2. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, (i) pertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit. (ii)penukaran perbuatan (hal) menukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. Maka ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun." | Tatabahasa | 06.02.2018 |
As Salamu Alaikum Warahamtullah, Apakah perbezaan kata terbitan merasa dan berasa? Apakah perbezaan kata terbitan pertukaran dan penukaran? APakah kata dasar bagi pertukaran dan penukaran? Terima kasih | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga pergantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat: Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 03.02.2011 |
Puan, Tolong jelaskan maksud perkataan di bawah, sila berikan ayat contoh supaya saya dapat memahami dengan lebih dalam. a) persekolahan - penyekolahan b) perpisahan - pemisahan c) pertukaran - penukaran Terima kasih. | a) persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan persekolahan saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. penyekolahan perihal sekolah. Lazimnya perkataan ini jarang digunakan kerana terdapat bentuk lain yang boleh digunakan. b) perpisahan hal berpisah: Mati merupakan perpisahan antara jasad dengan roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan: Pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang arbitari kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya. c) pertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit. penukaran perbuatan (hal) menukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. | Tatabahasa | 05.03.2013 |