Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.li.ru.kan] | مڠليروکن

Definisi : 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.li.ru.kan] | مڠليروکن

Definisi : menyebabkan orang menjadi keliru; membingungkan; menyesatkan: Ucapannya dpt ~ orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. adakah papan iklan "Sains Trade"sesusi , mengelirukan atau perlu diganti dengan perkataan lain?Terjemahan trade dalam bahasa Melayu ialah niaga, dagang atau perdagangan. Frasa Sains Trade adalah mengelirukan dan berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah Sains Perdagangan bukan Sains Trade.Istilah31.01.2011
Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVENKata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik.Tatabahasa28.07.2011
Imbuhan 'MeN..i/kan' amat mengelirukan.Apakah formula terbaik nak bezakan keduanya? Apa beza..1.memberi/kan 2menjauhi/kan 3.menjahit/kan 4.menemui/kan?TQVM

Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. Awalan kata kerja meN-... mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Topik ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam halaman 158-160. Untuk melihat perbezaan makna antara kata terbitan dengan awam meN-... dan kata kerja meN-...kan rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.

 

Tatabahasa20.05.2011
Salam. Terma "Pemerdagangan Manusia" sedikit mengelirukan saya. Apa beza perdagangan dan pemerdagangan? Saya juga ada masalah dari segi letakan imbuhan pemer itu sendiri. Kerana belum pernah saya lihat penggunaan imbuhan pemer ini. Minta rujukan dan penerangan pihak tuan/puan. Terima kasih.Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa13.12.2010
Assalamualaikum, penggunaan penyataan dan pernyataan agak mengelirukan. Saya telah merujuk kamus dewan tetapi kurang arif penggunaan dan perbezaan perkataan tersebutPenyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkaraMakna15.05.2013
Mohon bezakan aspek pasif dengan songsang. Agak mengelirukan. Apakah panduan atau kata kunci untuk bezakan kedua-dua aspek. Terima kasih.Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan, halaman 458. Manakala Ayat Songsang pula terbentuk melalui proses pendepanan atau penjudulan seluruh predikat atau sebahagian predikat. Walau bagaimanapun proses pendepanan secara berasingan boleh berlaku,iaitu pendepanan frasa adjektif, pendepanan frasa kerja dan pendepanan frasa sendi nama. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 478.  Tatabahasa20.10.2010
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif.
2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif.
3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif.
4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap.
5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif.
6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif.
7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut.
 
Tatabahasa24.03.2012
Salam 1Malaysia, Antara permasalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu yang mengelirukan saya ialah kata sendiKata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Contohnya, kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-286.Tatabahasa20.07.2011
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk.

Saudara,

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.  

Lain-lain04.11.2009
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.
Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap.
Tatabahasa28.08.2012
12345678

Kembali ke atas