Salam sejahtera. 1. Dia mengeluarkan sayur itu dari / daripada peti sejuk. 2. Raju mengambil buku cerita dari / daripada rak itu. Terima kasih & selamat Hari Raya Aidilfitri. | 1. Dia mengeluarkan sayur itu daripada peti sejuk. 2. Raju mengambil buku cerita daripada rak itu. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
Yang manakah betul dalam ayat di bawah, menghindari atau menghindarkan? 1) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 2) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan musuh daripada mendekatinya. | Mengikut Kamus Dewan Perdana, muka surat 774, maksud "menghindari" ialah menjauhkan dari sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Pegawai yang terlibat dalam kes rasuah tersebut hingga kini terus menghindari wartawan. Manakala maksud "menghindarkan" ialah menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Ahli Dewan Negeri hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi. Cadangan ayat yang betul ialah Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. | Tatabahasa | 15.08.2023 |
Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan terangkan kepada saya ayat yang berikut: 1. Ali mengeluarkan wang dari / daripada mesin ATM. 2. Mesin ATM dalam ayat ini menunjukkan sumberkah ataupun tempat? 3. Bagaimanakah kita hendak membezakan sumber dengan tempat ? 4. Kalau tempat itu menunjukkan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya kita senang membezakan tetapi kalau seperti ayat di atas ada yang mengatakan mesin ATM itu tempat dan ada pula yang mengatakan itu tempat, keadaan seperti ini amat mengelirukan saya. 5. Berharap agar tuan dapat mengajar saya cara untuk membezakan antara tempat dan sumber. Sekian, terima kasih. | 1. Ali mengeluarkan wang daripada mesin ATM. - Ungkapan yang betul ialah daripada kerana merujuk punca duit itu dikeluarkan, manakala tempat ialah ruang berlakunya sesuatu. Seperti yang saudara nyatakan tempat ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, utara, selatan dan sebagainya. Untuk lebih memahami perbezaan penggunaan dari dan daripada, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268-272. | Tatabahasa | 13.08.2011 |
Salam sejahtera. 1) terjatuh dari atau daripada basikal 2) mengeluarkan wang dari atau daripada tabung 3) mengeluarkan buku dari atau daripada beg Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama yang betul adalah seperti yang berikut: 1. … terjatuh dari basikal. 2. … mengeluarkan wang daripada tabung. 3. … mengeluarkan buku daripada beg. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 268-269 atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 481-482 dan laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 16.01.2024 |
Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Jika sebatang kayu dipotong mengeluarkan getah dipanggil getah pokok.. tetapi bagi batang yang mengeluarkan air apa yang harus kita panggil adakah jus batag pokok atau air batang pokok.. | Istilah yang sesuai ialah air batang pokok. | Istilah | 06.05.2014 |
apakah maksud produktif dan kompetitif dalam maksud yang tepat | Produktif bermaksud 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak; 2. mencapai banyak hasil, berhasil; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur. Kompetitif pula bermaksud bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. | Makna | 18.04.2007 |
Apakah perbezaan antara “mengalih keluar” dengan “mengeluarkan?” | Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) pada halaman 61 dan 1029, terdapat beberapa perbezaan antara perkataan mengalih keluar dengan perkataan mengeluarkan dari segi penggunaannya. 1. Mengalih keluar: Perkataan ini membawa makna yang lebih spesifik, iaitu memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat lain. Contohnya, perkataan mengalih keluar digunakan apabila sesuatu benda perlu dipindahkan secara fizikal ke luar dari kawasan asalnya. Contoh ayat: Oleh sebab cuaca pada hari ini cerah, Abu mengalih keluar sofanya yang basah untuk dijemur di bawah cahaya matahari. 2. Mengeluarkan: Perkataan ini lebih umum dan melibatkan tindakan untuk membawa sesuatu keluar dari satu keadaan, ruang atau tempat. Perkataan mengeluarkan juga boleh digunakan dalam konteks yang lebih abstrak seperti mengeluarkan suara atau produk dari kilang. Contoh ayat: Ali mengeluarkan wang daripada tabungnya. | Tatabahasa | 29.09.2024 |
1. Ali menabung wang di /ke dalam tabung. 2. Ali mengeluarkan wang dari/daripada tabungnya. Bolehkah memberikan penjelasan? 3. Setakat ini, saya masih tidak dapat membezakan antara keterangan dengan penerangan walaupun saya telah merujuki beberapa buah kamus.Boleh pihak tuan membina beberapa ayat untuk saya 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. Betulkah ayat ini? Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana betul-betul memberikan bantuan dalam masalah tatabahasa saya. | Puan Ming Hui, Berikut penjelasan terhadap kemusyikalan puan tentang tatabahasa: 1. Ali menabung wang di dalam tabung. (Nota: Kata sendi di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Dalam konteks ayat ini, tabung merujuk tempat untuk disimpan duit). 2. Ali mengeluarkan wang daripada tabungnya. (Nota: Kata sendi daripada untuk menyatakan punca misalnya manusia, benda, haiwan dan unsur mujarad. Dalam konteks ayat ini, daripada merujuk punca benda, iaitu tabung). 3. Yang dimaksudkan dengan "diterangkan" dan "menerangkan" ialah merujuk hukum D-M. Penjelasan hukum D-M bermaksud D(iterangkan) dan M(enerangkan). Unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua. Contoh, Restoran Aminah, hari esok dan sebagainya. 4. Saya berasa senorok yang tidak terhingga. | Tatabahasa | 12.04.2009 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Kata adjektif yang tepat 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ________. 2. Hatinya kembali _______ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau _____ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. Terima kasih. | 1. Ketika berasa di tempat yang sejuk, tubuhnya ____menggigil____. 2. Hatinya kembali ____lega___ apabila mendapat tawaran pekerjaan di kilang itu. 3. Badannya berbau ___hangit__ selepas mengeluarkan peluh yang banyak. | Tatabahasa | 19.08.2012 |
Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP. | Makna | 13.12.2016 |