Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.mas] | مڠمس

Definisi : mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mas] | مڠمس

Definisi : spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mas] | مڠمس

Definisi : menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
slm. soalan: ibu mengemas/membersihkan bilik adik.(menegemas dan membersihkan adalah pilihan jawapan.mengemas perlu ke imbuhan -kan?kenapa membersihkan ada imbuhan -kan?) tqKata terbitan mengemas dan mengemaskan, kedua-dua bentuk tersebut wujud dalam pengimbuhan kata dasar kemas, walau bagaimanapun yang lazim digunakan ialah mengemas. Mengemas/mengemaskan dan membersihkan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 191.Tatabahasa26.06.2010
ayat: abu mengemas/membersihkan biliknya.(mengemas perlu ada imbuhan men ke?)

Puan Asmazaira,

Saya kurang jelas dengan soalan puan. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas.

Tatabahasa24.06.2010
Apakah perbezaan penggunaan 'mengemas' dan 'mengemaskan' dalam serta 'memberi' dan 'memberikan' dalam konteks ayat?Kamus Pelajar menakrifkan kata mengemas ialah perbuatan menyusun atau mengatur elok-elok, seperti ayat Dia sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok; manakala mengemaskan ialah perbuatan menjadikan tersusun, seperti ayat Ia tidak diizinkan pulang sebelum mengemaskan kerjanya. Perbezaan yang jelas, kata kerja mengemas merujuk perbuatan yang sedang berlaku.Tatabahasa15.09.2015
mengemas kini atau mengemaskini ?Ejaan yang betul ialah "mengemas kini "Ejaan05.02.2020
Salam sejahtera, 1.Zali mengemas katil supaya (bersih). 2.Wei Han mengemas katil supaya (kemas). 3. Ibu mengemop lantai dengan mop. Adakah ketiga -tiga ayat ini betul?Ayat yang tepat adalah seperti yang berikut:

1. Zali membersihkan katil.
2. Wei Han mengemaskan katil.
3. Ibu mengemop lantai.
Tatabahasa05.07.2023
1. Bapa mengutip buah durian untuk dimakan. 2. Sandra mengemas katil supaya kemas. 3. Sin Ling mengemas katil di bilik tidur supaya cantik. 4. Guan Hong dan Fendi menyimpan gelung rotan dan bola baling di dalam bilik sukan. 5. Saya mengutip durian di dalam dusun. 6. Rina berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki. Adakah 6 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat nombor (1), (2), (3) dan (4) adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan.

Ayat nombor (5) perlu dibetulkan. “Saya mengutip durian di dusun.”

Ayat nombor (6) perlu dibetulkan. “Rina berjalan kaki ke sekolah.”

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 431-575.

 

Tatabahasa21.07.2025
Ejaan manakah yang betul antara "mengemaskini" atau "mengemas kini"?Ejaan yang betul ialah mengemas kini.Ejaan17.03.2021
●6 ●31 ●36 Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. Pembantu rumah itu mengemas rumah ____________majikannya ke tempat kerja. A)setelah B)sampai C)kerana D)sementara Apakah jawapan untuk soalan di atas? Boleh tuan/puan menjelaskan semua empat pilihan untuk soalan ini ? Terima kasih.

Ayat yang bersesuaian ialah “Pembantu rumah itu mengemas rumah setelah majikannya ke tempat kerja.”

Kata “setelah”, “kerana” dan “sementara” merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Kata “sampai” merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 253 dan 421 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1949.

Lain-lain26.01.2024
Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasihEjaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan.Ejaan22.11.2012
Assalamualaikum. Tuan, Kami dalam proses untuk mengemas kini dokumen-dokumen edaran dalaman di dalam organisasi kami. Buat masa sekarang, terdapat banyak kategori dokumen. Pertanyaan saya adalah bagaimana untuk kami kenal pasti kegunaan/ definisi setiap kategori dokumen tersebut. Kategori-kategori dokumen yang ada adalah: 1. Dasar 2. Polisi 3. Pekeliling 4. Terma dan syarat 5. Peraturan 6. Garis Panduan 7. Panduan 8. Manual 9. Prosedur 10. Tatacara Pada pandangan saya, mungkin terdapat kategori yang tidak perlu digunakan kerana definisi yang lebih kurang sama. Mohon pandangan dan nasihat tuan. Terima kasih. Ahmad Firdaus

Pihak kami tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan definisi, kandungan dan pembahagian bab berkaitan dokumen rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan urusan tersebut, tuan boleh menghubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Tuan juga boleh menghubungi talian 03-8000 8000 atau mendapatkan penjelasan melalui laman web mampu.gov.my

Lain-lain30.06.2020
123456

Kembali ke atas