Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemas ini


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.Zali mengemas katil supaya (bersih). 2.Wei Han mengemas katil supaya (kemas). 3. Ibu mengemop lantai dengan mop. Adakah ketiga -tiga ayat ini betul?Ayat yang tepat adalah seperti yang berikut:

1. Zali membersihkan katil.
2. Wei Han mengemaskan katil.
3. Ibu mengemop lantai.
Tatabahasa05.07.2023
●6 ●31 ●36 Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. Pembantu rumah itu mengemas rumah ____________majikannya ke tempat kerja. A)setelah B)sampai C)kerana D)sementara Apakah jawapan untuk soalan di atas? Boleh tuan/puan menjelaskan semua empat pilihan untuk soalan ini ? Terima kasih.

Ayat yang bersesuaian ialah “Pembantu rumah itu mengemas rumah setelah majikannya ke tempat kerja.”

Kata “setelah”, “kerana” dan “sementara” merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Kata “sampai” merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 253 dan 421 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1949.

Lain-lain26.01.2024
Adakah ayat ini gramatis? Jika tidak, tolong betulkan ayat ini. 1.Kedua-dua guru bahasa Inggeris telah mengemas kini Rancangan Pelajaran Harian. 2.Rancanga Pelajaran Tahunan dan Rancangadn Pelajarian Harian telah diseiakan dengan kemas kini oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Ayat pertama betul. Cadangan untuk ayat kedua ialah 'Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian telah disediakan oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Tatabahasa05.12.2008
mana ayat aktif yang betul daripada ayat pasif berikut. Bilik tidur adik sudah saya kemas tadi. Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi. ATAU Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi. Apakah fungsi kan dalam ayat ini adakah menjejaskan makna.Ayat yang sesuai ialah "Saya sudah mengemaskan bilik tidur adik pagi tadi". Fungsi "kan" dalam perkataan "mengemaskan" bermaksud "menjadikan tersusun", manakala "mengemas" bermaksud "menyusun".Tatabahasa19.03.2013
Assalam Fail ini ada kaitan dengan soalan saya tempoh hari pada 7/7/2024 berkenaan dengan penggunaan YABrs. Terima kasih.Kami mengambil maklum perkara tersebut dan akan mengemas kini jawapan KNDBP. Untuk panggilan hormat dan kaedah penggunaannya, tuan boleh merujuk SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain14.07.2024
Mohon penjelasan tentang penggunaan "mempererat"/"mempereratkan" kerana maklumat drp pihak Khidmat Nasihat Bahasa sebelum ini bercanggah.Penggunaan yang betul ialah mempererat. Pihak kami akan mengemas kini data dalam KNB.Tatabahasa11.06.2019
Terlampau banyak jawapan dalam Khidmat Nasihat yang sudah tidak relevan. DBP mesti segera mengemas kini jawapan-jawapan dan soalan-soalan dalam Khidmat Nasihat supaya bahasa Melayu yang berpiawai dapat diperkasakan. Kekeliruan-kekeliruan ini menimbulkan keliru buat pemain-pemain industri bahasa sendiri akibat daripada bahagian Khidmat Nasihat yang tidak dirapikan dan dikemaskan. Amanah DBP besar untuk memurnikan bahasa Melayu yang baik.Kami mengambil maklum cadangan puan. Untuk makluman puan, sistem Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) dalam proses untuk dinaik taraf, manakala paparan jawapan juga dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan cadangan puan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kami dan kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna KNDBP.
Lain-lain06.06.2024
Kamus Dewan Perdana (KDP) menggolongkan "sebab" sebagai kata hubung. Adakah ini betul mengikut tatabahasa Melayu atau pengkelasan kata ini hanyalah satu perakaman mengikut bahasa pasar Melayu? Jawapan daripada Khidmat Nasihat yand tersedia juga mengelirukan. DBP perlu segera mengemas kini jawapan yang sudah tidak relevan.1. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan dua kelas kata bagi kata "sebab", iaitu kata nama dan kata hubung mengikut pecahan makna masing-masing. Kamus ialah perakam penggunaan kata bagi sesuatu kata yang digunakan oleh masyarakat. Kamus bukanlah rujukan tatabahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan, khususnya dalam memberikan jawapan tepat dalam peperiksaan.

2. Jawapan Khidmat Nasihat sedang dikemas kini oleh DBP. Usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah, banyak kuantitinya, rencam sifatnya dan pelbagai kategorinya. Selain melibatkan sistem/program komputer, tugas ini juga melibatkan bilangan petugas, kemahiran, ketelitian, masa dan kos yang tertentu. 
Lain-lain06.06.2024
Salam sejahtera, baru-baru ini saya menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat untuk mencari frasa yang betul tentang "tiba ke atau tiba di", namun jawapan yang diberikan tidak konsisten. Mungkin pihak DBP boleh menyemak semula tentang jawapan bagi setiap perkataan yang disediakan. Terima kasih atas masa anda. Sayangnya saya tidak dapat sertakan gambar yang saya print screen daripada laman web PRPM. Walau bagaimanapun, semoga usaha DBP dalam bahasa kebangsaan Malaysia boleh berhasil. Terima kasih!Terima kasih atas maklumat yang anda berikan, dan untuk makluman anda, DBP memang dalam proses mengemas kini jawapan dalam perkhidmatan Khidmat Nasihat.Lain-lain26.09.2017
Dalam Kamus Dewan 4, saya hanya dapat mencari perkataan penaksiran. Tetapi perkataan pentaksiran sudah digunakan dengan begitu meluas sekali. Adakah pihak DBP akan mengemas kini Kamus Dewan untuk memasukkan pentaksiran ke dalam Kamus Dewan atau pentaksiran memang telah disalahgunakan. Terima kasihKata "pentaksiran" sinonim dengan kata "penaksiran". Kedua-dua perkataan ini telah direkodkan di dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) Cetakan Kedua 2021, muka surat 2220.Makna15.05.2022
123

Kembali ke atas