Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Peribahasa

Salah makan memuntahkan,
     salah tarik mengembalikan,
salah langkah surut kembali.

Bermaksud :

Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan dua langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan dan kewibawaan bahasa ilmu iaitu Bahasa Melayu

 Pertanyaan saudara memerlukan penelitian yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan Negara/pusat sumber untuk tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, untuk membantu saudara dalam perkara ini, dinyatakan secara ringkas berkaitan perkara tersebut, iaitu: 

1. Menggalakkan penerbitan buku-buku berbahasa Melayu.

2. Menguatkuasakan akta/ peraturan penggunaan bahasa Melayu.      

Lain-lain30.07.2010
Apakah makna Islahiah dan IslamiyahDalam Kamus Dewan islah bermaksud usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai, manakala Islam ialah agama yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW. Oleh itu, perkataan islahiah dan Isalmiyah merujuk sifat yang dikaitkan dengan kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa15.05.2012
Saya ingin bertanya antara dua ayat diberi ini yang mana satu yang betul dan tepat. 1.Tak adakah cara untuk kembalikan waktu bahagia bersama? 2. Adakah cara untuk kembalikan waktu bahagia bersama?Cadangan jawapan yang tepat ialah “Tiadakah cara untuk mengembalikan waktu bahagia bersama-sama?” atau “Bagaimanakah cara untuk mengembalikan waktu bahagia bersama-sama?”Tatabahasa26.06.2022
Contohnya, tegasnya, kesimpulannya berfungsi sebagai penanda wacana. Contoh: Kesimpulannya, gagasan Satu Malaysia memberikan sumbangan besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional. Perkataan “kesimpulannya” dalam ayat ini dapat digantikan dengan “sebagai kesimpulannya” tetapi kurang tepat. Mohon penjelasan.Sebagai bermaksud untuk, bagi, bertindak, seperti atau selaku. Oleh itu, ungkapan sebagai kesimpulannya kurang tepat untuk digunakan sebagai penutup wacana tersebut, dan kata kesimpulannya lebih tepat digunakan untuk mengakhiri wacana tersebut.Tatabahasa29.12.2009
Salam, bolehkah menggunakan perkataanm "memulih"?Tidak ada kata terbitan 'memulih', perkataan yang ada ialah 'memulihkan' bermaksud mengembalikan kepada keadaan yang semula, atau membaikkan.Tatabahasa21.03.2012
Permohonan telah hantar pada 07 Mac 2019 dengan nombor permohonan 11824/2019. Tetapi kami tidak dapat sebarang balasan daripada Dewan Bahasa tentang keputusannya.Tuan,

Kami telah menyemak bahan yang dihantar dan mengembalikan bahan tersebut melalui e-mel.
Lain-lain21.05.2019
Apakah penulisan yang betul bagi frasa “gerakan islah” atau “gerakan Islah”?

Merujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 843, maksud “islah” ialah 1. usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dengan jalan baik atau dengan jalan damai.  

Sehubungan dengan itu, penulisan yang betul ialah “gerakan islah”.


Tatabahasa17.04.2025
Nazrul Tamdjis Dec 16th, 6:28pm Salam. Saya ada membeli buku lorong karya Othman Hj Zainuddin. bila sy baca 3 /4 buku baru perasaan buku ini salah dicetak. bab 1,2 dan 3 diulang cetak di bahagian belakang menyebabkan cerita tergantung. Saya membelinya di pesta buku 1 Malaysia. Amat mengecewakanWaalaikumussalam. Encik Nazrul, pertama sekali saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Dalam hal ini, saya memohon tuan mengembalikan buku tersebut kepada pihak Koperasi yang berpejabat di Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Sekiranya tuan berada di Kuala Lumpur atau kawasan yang berhampiran dengannya, tuan boleh datang sendiri dan berjumpa dengan pegawainya, Encik Isa bin Khamis ataupun Encik Mat Zaini bin Mat Noor untuk penggantian buku tersebut. Pegawai ini boleh dihubungi melalui telefon 03-21479675/0102637174. Untuk keterangan lanjut, tuan juga boleh menghubungi editor buku tersebut, Puan Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdul Hadi di talian 03-21479516. Pada naskhah yang kami ada, tidak berlaku kesilapan tersebut.Lain-lain16.12.2014
Salam sejahtera. Saya telah menerima baucar pembayaran DBP dan belum saya tunaikan sehingga kini atas faktor kelewatan baucar tersebut sampai ke tangan saya. Butiran baucar tersebut adalah seperti berikut: NO. BAUCAR- 0001008/09 TARIKH- 16.06/2009 NO.CEK- 035718 BUTIRAN BAYARAN- Honorarium WBS pada 6/5/2009- PUISI:INDAHNYA ALUNAN ITU. Soalan,adakah masih ada peluang untuk saya menunaikan baucar tersebut sedangkan tempoh sah laku cek yang sudah lama tamat?Jika ada,bagaimana?

Salam sejahtera,

Puan diminta untuk mengembalikan baucar tersebut ke Unit Bayaran, Bahagian Kewangan dan Bekalan, Aras 27, Menara DBP  untuk disemak dan diperbaharui.

Sekian, harap maklum.

Lain-lain07.10.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan i) tajdid ii) islah Apakah pula maksud gabungan antara perkataan tajdid dan islah dari sudut bahasa dan keagamaan? terima kasih..

tajdid - pembaharuan (yg menurut ulama fiqah bererti menghidupkan kembali ajaran Rasulullah yg semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah). 

islah - usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kpd suatu keadaan yg betul, tepat dan sesuai; 2. penyelesaian perbalahan dgn jalan baik atau dgn jalan damai.

Makna09.10.2008
12

Kembali ke atas