Kek itu mengembang sebaik sahaja dikeluarkan dari ketuhar. (Adakah ayat di atas betul?Saya berpendapat bahawa kata kerja "mengembang"yang digunakan tidak sesuai) | Saudara, Perkataan mengembang dalam ayat itu sesuai digunakan. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
tuan, belon itu semakin _________apabila udara ditiup ke dalamnya. (memanjang, mengembang, membesar) tuan mana satu perkataan yang sesuai digunakan? tq | Belon itu semakin mengembang apabila udara ditiup ke dalamnya. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Unit Perkembangan Akademik | Perkembangan - hasil berkembang Pengembangan - proses mengembang | Tatabahasa | 03.01.2008 |
menjadi kembang | Menurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; | Lain-lain | 06.08.2007 |
Salam sejahtera, Saya ingin menanyakan mengenai perihal dua istilah yang agak sama (kata akar yang sama) iaitu: perkembangan dan pengembangan. Kadang-kadang kita akan musykil yang manakah harus dipakai (kalau ada 'case study' atau rujukan, ianya senang) dan apakah beza kedua-dua perkataan tersebut jika digunakan dalam konteks? Dalam sudut lain, apakah beza berkembang dan mengembang? Adakah ia berkaitan dengan subjek tersebut adalah maya ataupun fizikal? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengembangan bermaksud perihal (perbuatan) mengembang atau mengembangkan. Mengembang bermaksud menjadikan kembang. Contoh: pengembangan ajaran agama Islam Bagi perkataan perkembangan pula bermaksud keadaan atau hal berkembang. Berkembang bermaksud 1. kembang (terbuka atau terbentang) 2. menjadi makin sempurna. Contoh : perkembangan agama Islam Penggunaan perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 10.05.2019 |
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembang | Jawapan betul- No. 1 dan (b)
| Makna | 16.08.2016 |
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih. | Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan" Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut: melonjak: 1. melompat ke atas (dgn keduadua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 12.10.2019 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Tuan/Puan Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat dari pihak DBP. Soalan : Apakah perkataan bahasa Melayu yang sinonim dangan maksud bahasa Inggeris dibawah untuk PRODUK? Perkataan dalam bahasa Inggeris : Develop Perkataan dalam bahasa Melayu : ??? (selain dibangunkan) Berharap maklum balas segera dari pihak Tuan/Puan. Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu perkataan yang bersinonim dengan perkataan produk ialah barangan/barang atau perkhidmatan. Namun begitu, perkataan perkhidmatan perlulah mengikut konteks dan maksud ayat. Manakala perkataan yang bersinonim dengan maksud develop dalam bahasa Melayu ialah berkembang/mengembang, membangun, pertumbuhan, menjadi/mendapat, menghasilkan, olah( bidang perfileman), cuci( fotografi). | Istilah | 23.03.2018 |