Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih. | 1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu. 2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja". | Istilah | 23.07.2012 |
1. Apakah yang dimaksudkan "Pembangunan Komersial" sesuatu kawasan. 2. Apakah Yang dimaksudkan "Estetika" sesuatu bangunan? terima kasih. | 1. Pembangunan komersial bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan dan perkembangan ataupun usaha/kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan) sesuatu yang berkaitan dengan atau bersifat perdagangan. 2. Estetika bermaksud cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll. | Makna | 22.04.2010 |
saya ingin maksud: 1.Kreatif 2.Inovasi | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 04.11.2008 |
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT? | Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development atau pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud perkembangan atau kemajuan komuniti. Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 04.03.2009 |
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga? | 1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi. Manakala menaikkan pula bermaksud menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; meninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 menjadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Kejayaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicampurkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
Tuan/Puan, Tolong beri nasihat sama ada PENGGUNAAN "DI" DAN "DI ATAS" dalam ayat-ayat berikut (saya cari dari korpus DBP) masih dikira betul dari segi tatabahasa sekarang? 1.Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut di masa hadapan. 2.Kertas So'alan ini akan termasok: (a) so'alan2 di-atas buku2 yang di-tetapkan. (243) 3.Lampu2 letrik yang terpasang di-atas kepala-nya itu pun terasa bagiru malap sa-kali, sa-hingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masok ... 4.hari sa-makin gelap bintang2 mulai timbul berkelip2 di-atas langit, udara sejok mulai menyelaputi rumah yang baharu sa-bentar di-alami oleh keganasan tentera facis-timor itu. 5. Dia berada di atas kapal/ Dia berada di dalam kapal? Sekian,terima kasih. | Untuk mendapatkan contoh penggunaan ayat yang tepat hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku Tatabahasa Dewan (Edisi Sekolah Rendah). Korpus ialah rakaman data termasuk data lama dan mengekalkan bentuk kata dan ayat yang digunakan. Penggunaan ejaan, kata sendi nama "di" dan frasa "di atas" dalam contoh yang diberikan tidak tepat. Ejaan dan ayat dalam contoh yang diberi telah diperbaiki: 1. Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut pada masa hadapan. 2. Kertas Soalan ini akan mengandungi: (a) soalan daripada buku-buku yang ditetapkan. 3. Lampu elektrik yang terpasang di atas kepalanya itu pun terasa begitu malap sekali, sehingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masuk. 4. Hari semakin gelap bintang mulai berkelip-kelip di udara. Udara sejuk mulai menyelaputi rumah yang baharu sebentar diserang oleh tentera facis-timur itu. 5. Dia berada di dalam kapal. | Tatabahasa | 17.08.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Mohd Faizal merupakan guru bahasa Melayu. Saya ingin bertanya kepada pihak Tuan berkenaan beberapa perkara: 1. Apakah fungsi Jabatan Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia? 2. Apakah peranan yang dilakukan oleh Jabatan Bahasa dalam mengembangkan bahasa Melayu? 3. Apakan yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat majmuk? 4. Apakah peranan atau tugas-tugas ringkas bahagian-bahagian yang diwujudkan di bawah Jabatan Bahasa iaitu Bahagian Dasar Bahasa, Bahagian Perkamusan, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Bahagian Peristilahan dan lain-lain? Saya amat berharap agar persoalan saya dapat dijawab oleh pihak Puan. Hal ini bagi membolehkan saya menambahkan pengetahuan saya tentang Jabatan Bahasa di DBP. Segala kerjasama daripada pihak Tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Tuan boleh mengetahui segala maklumat tentang Dewan Bahasa dan Pustaka dengan melayari laman sesawang DBP: www.dbp.gov.my | Lain-lain | 23.10.2009 |
Pilih ayat yang betul 1. Aduhai,sakitnya gigiku yang berlubang ini! 2. Serkap ayam daripada buluh dijual oleh beliau. 3. Tolong jangan merokok di kawasan sekolah. 4. David dan Wong telah tiba ke Ipoh pagi tadi. Abang akan menyambung pengajian ke luar negara pada minggu hadapan untuk -------------pegetahuan. A. memperkembang B. mengembangkan C. memperkembangkan D. mengembang | Jawapan betul- No. 1 dan (b)
| Makna | 16.08.2016 |
1) Adakah DBP membuat krusus bahasa untuk penulis papan-papan iklan seluruh negara berdasrkan daerah atau zon? 2) Diharap pihak DBP mengambil inisiatif agar badan ini diletakkan di bawah dewan negara / parlimen supaya perkembangan bahasa melayu sekurang-kurangnya setaraf dengan di Brunei dan Indonesia. | Encik Mohd. Zahair, 1. DBP ada menganjurkan kursus bahasa bukan sahaja untuk penulis iklan, tetapi untuk pengguna bahasa pelbagai bidang dari semasa ke semasa melalui program kerjasama dengan agensi berkaitan. 2. DBP sebagai badan perancang bahasa di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja berusaha mengembangkan, menyebarluaskan dan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat serantau melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Bahasa Indonesia-Malaysia(MABBIM)malah berusaha untuk menjadikannya salah satu bahasa utama di dunia. | Lain-lain | 23.06.2010 |
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan antara kreativiti dan inovasi. Terima kasih. | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 15.12.2016 |