Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.mis] | مڠميس

Definisi : meminta sede­kah, meminta-minta: negeri ini tidak sekali-kali akan ~ pd mana-mana kuasa utk mendapatkan bantuan; perempuan tua itu terpaksa ~ utk hidup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mis] | مڠميس

Definisi : meminta-minta kerana miskin dll; meminta sedekah: Perempuan tua yg miskin itu terpaksa ~ utk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengemis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada beberapa soalan tentang penggunaan "sebab" dalam tatabahasa, di mana jawapannya sering bercanggah dalam Khidmat Nasihat DBP. 1. Dia makan coklat sebab/kerana lapar. Saya faham "sebab" ialah kata nama, dan ini sering disebut dalam Khidmat Nasihat. Namun, definisi untuk "sebab" dan contoh yang disenaraikan dalam DBP ialah [se.bab] | سبب Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; Mengapa "ia dipecat sebab malas" dibolehkan di sini? 2. Dalam konteks dialog atau sari kata, "Dia lapar. Sebab itu/Itu sebabnya dia makan." Yang mana betul? Jika kedua-duanya salah, boleh berikan jawapan yang betul? 3. Dia mengemis disebabkan/disebabkan oleh kemiskinan. Yang mana betul?Ayat yang betul ialah:

1. Dia makan coklat oleh sebab lapar. / Dia makan coklat kerana lapar.
2. "Dia lapar. Oleh sebab itu dia makan."
3. Dia mengemis disebabkan oleh kemiskinan. 
Tatabahasa24.07.2020

Kembali ke atas