Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. | Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Saya telah mengemukakan transkrip buku ( novel ) kedua saya " Epilog Cinta Asrar ". melalui DBP Kota Kinabalu. Saya telah pun menandatangi surat perjanjian di samping telah menerima royalti pendahuluan beberapa bulan yang lalu. Namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat perkembangan mengenainya. Saya mohon penjelasan. | Salam sejahtera, Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa manuskrip novel saudara telah lulus Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan kini berada dalam peringkat penyuntingan. Maklumat adalah seperti yang berikut: Nombor pendaftaran: 594/2010 Peringkat : Penyuntingan Editor Projek: Puan Norzanani bt. Kata Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Telefon: 088-439314 | Lain-lain | 14.10.2011 |
Saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai penyalahgunaan bahasa melayu masa kini.Bahasa Melayu seolah-olah mengalami keracunan dan bolehkah anda senaraikan penyalahgunaan bahasa melayu dan huraikan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.Sekian Terima Kasih. | Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku apabila masyarakat pengguna bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang sedia ada. Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam aspek ejaan, pemilihan kata, tatabahasa, sebutan dan juga penggunaan bahasa rojak, iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Saudara boleh melayari Laman DBP di bawah Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu untuk mendapatkan makalah atau rencana tentang perkara ini. yang diterbitkan di dalam majalah seperti Pelita Bahasa atau Jurnal Bahasa. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Penduduk kampung akan mengemukakan tentang masalah penagihan dadah dalam kalangan pemuda kampung itu kepada ketua kampung. apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di atas? Mengapapah ayat tersebut salah dan apakah pembetulannya? | Ayat ini salah - mengemukakan ialah kata kerja transitif dan perlu diikuti dengan objek (masalah) seperti dalam ayat, Penduduk kampung akan mengemukakan masalah penagihan dadah dalam kalangan pemuda kampung itu kepada ketua kampung. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Apakah definisi 'timbangteliti'? Contoh ayat? Betulkah ayat ini? Mesyuarat seterusnya menimbangteliti Agenda 4, Mesyuarat Jawatankuasa dan mengemukakan cadangan balas seperti berikut... | Penggunaan perkataan yang betul ialah Mesyuarat seterusnya meneliti Agenda 4, Mesyuarat Jawatankuasa dan mengemukakan cadangan balas seperti berikut... | Tatabahasa | 13.01.2012 |
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Lain-lain | 02.02.2010 |
Adakah betul penggunaan ayat berikut? Atau, pohon jasabaik Tuan mecadangkan ayat yang lebih baik. " Sayugia dingatkan bahawa, kelewatan mengemukakan dokumen seperti tersebut di Para dua boleh menyebabkan Permohonan Tuan akan lewat diproses dan Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan Tuan terpaksa ditolak. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses atau ditolak. 2. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses. Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan tuan ditolak. | Tatabahasa | 31.01.2011 |
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan satu persoalan, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata nama? Mengapa? I : Pemulauan II : Pengesyoran III: Pengangkutan IV : Pembungkusan | Jika yang dimaksudkan ialah kata dasar ada dua perkataan iaitu pengangkutan - kata dasarnya angkutan dan pembungkusan - kata dasarnya bungkus. Jika merujuk kata akar hanya satu sahaja iaitu pembungkusan - bungkus. Sila rujuk pihak yang menyediakan/menerbitkan soalan tersebut untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.05.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin mengemukakan soalan tentang ayat majmuk pancangan relatif , "Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu." Bagaimanakah caranya untuk memisahkan ayat majmuk ini kepada dua ayat tunggal ? Saya sukar untuk memisahkan ayat ini kepada dua ayat tunggal kerana ayat ini tidak mengandungi kata penentu belakang "itu" (contohnya: Pelajar yang gagal itu tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.) | Ayat 1: Pelajar yang gagal. Ayat 2: Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Selamat sejahtera,saya ingin mengemukakan sebuah solan yang berkaitan dengan tanda baca. 1.Kita perlukah tanda baca (,) sebelum pekataan"dan"? | Penggunaan tanda koma (,) digunakan sebelum perkataan "dan", bukan selepas perkataan "dan". Penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" sekiranya ayat tersebut ialah ayat setara dan dikategorikan dalam kelompok yang sama. Contohnya: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis. (kelompok sayur). Penggunaan koma sebelum perkataan "dan" biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan kad prabayar. | Tatabahasa | 05.05.2013 |