Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngé.na/.kan] | مڠينقکن

Definisi : 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngé.na/.kan] | مڠينقکن

Definisi : 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengenakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semakan tuan/ puan sama ada benar atau tidak. Perkataan "mengenakkan" daripada kata dasar "enak". Contoh ayat: Untuk mengenakkan masakannya, tukang masak itu menggunakan rempah-ratus yang dibawa khas dari India.Perkataan mengenakkan ialah daripada kata enak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi mengenakkan ialan menjadikan enak  iaitu sedap dan senang. Contoh ayat lain ialah Masukkan sedikit pati rasa untuk mengenakkan lagi masakan itu. Tatabahasa22.03.2021

Kembali ke atas