Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nal] | مڠنل

Definisi : 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nal] | مڠنل

Definisi : kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nal] | مڠنل

Definisi : tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui: Dia bekerja pagi petang dgn tidak ~ penat lelah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Puisi
 

Mari kita menebang buluh,
     Di dalam buluh ada ulat;
Bukan senang mengenal tubuh,
     Di dalam tubuh ada sifat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lurah dituruni,
     bukit didaki.

Bermaksud :

Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengenal pasti klientel dan keperluan klientel. Soalan saya: adakah perkataan klientel telah diterima oleh DBP sebagai bahasa Melayu? Sekiranya belum apakah perkataan yang paling sesuai digunakan?Dalam data kami telah terdapat istilah clientele yang bermaksud klientel atau langganan. Menurut kamus Inggeris-Melayu Dewan pula, maksud clientele bermaksud pelanggan manakala merujuk kepada bidang sains politik ialah kumpulan pelangan atau klientel.Makna14.06.2017
mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang.Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih.Lain-lain19.11.2006
Apakah perbezaan makna antara "mengenal" dengan "mengenali"? Adakah kedua-dua kata terbitan ini digunakan dalam struktur ayat yang berbeza? Satu soalan lagi: Adakah bentuk "mengenali" ialah bentuk yang lewah kerana akhiran-i ditambahkan di belakang perkataan "mengenal"?Perkataan ‘mengenal’ bermaksud tahu atau kenal akan; ingat akan; mengetahui. Contoh ayat: Dia bekerja pagi petang dengan tidak mengenal penat lelah. Perkataan ‘mengenali’ bermaksud mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dan lain-lain dengan lebih mendalam. Contoh ayat: Orang ramai mengenalinya sebagai seorang yang pemurah. Makna29.12.2014
Mana satukah ayat berikut benar? 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. 2. Mengenal integer melalui situasi sebenar. Terima kasihAyat yang paling tepat ialah 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. Tatabahasa28.06.2011
Tuan, adakah ayat "Dia pernah kenal gadis itukah?" harus dibetulkan kepada "Pernah mengenal gadis itukah dia?" ? Betulkah predikat "pernah mengenal gadis itukah" perlu didepankan kerana adanya kata penegas -kah pada kata "itu"? Atau sebahagian daripada predikat sahaja yang perlu didepankan? Jika sebahagian predikat, bahagian predikat manakah yang wajar didepankan? Bolehkah bahagian "gadis itukah" sahaja yang didepankan, membentuk ayat: Gadis itukah dia pernah mengenal? Bolehkah ayat ini "Gadis itukah dia pernah mengenal" diterima, dengan pendepanan objek "gadis itukah" dan frasa kerja transitif "pernah mengenal" tiada dijudulkan? Boleh tak macam ini? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 21, terbitan Syarikat Pelangi.)

Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. 


Tokoh20.03.2015
saya ingin mengetahui penggunaan yang betul tentang ejaan 'mengenalpasti' atau 'mengenal pasti' (dijarakkan antara perkataan) contoh ayat: kajian ini adalah untuk mengenalpasti/ mengenal pasti kedudukan ekonomi masyarakat bandar di Malaysia. terima kasihEjaan yang betul ialah mengenal pasti.Lain-lain24.11.2015
Assalamualaikum, mohon pencerahan tentang kehadiran perkataan "dengan" dalam ayat ini. Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu "dengan" Lebih Dekat atau Rabbi, Aku Ingin Mengenal-Mu Lebih Dekat. Terima kasih.Puan,

Ayat yang betul ialah "Rabbi, aku ingin mengenal-Mu dengan lebih dekat". Perkataan "dengan" dalam ayat tersebut merupakan kata sendi nama "dengan" yang membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contoh lain, "Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul".
Tatabahasa15.04.2019
Saya ingin mengenal pasti yang mana satu di bawah ini adalah betul. "OKU- orang kelainan upaya" atau "OKU- orang kurang upaya"? SekianIstilah yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya.Istilah07.05.2012
tuan, bagaimanakah mengenal pasti penggunaan antara hamba dengan patik? tq

Kata ganti nama patik digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya.

Makna02.12.2011
Bolehkah anda mengenal pasti kesalahan penggunaan tatabahasa dalam ayat ini? Adik kehausan kerana dia tidak mendapat susu sejak dari pagi tadi.

Minum susu lazimnya boleh mengenyangkan terutamanya untuk kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan kata kehausan dalam ayat ini kurang tepat, sepatutnya ayat ini menjadi; Adik kelaparan kerana dia tidak mendapat susu sejak dari pagi tadi.

Tatabahasa08.12.2010
12345678910...

Kembali ke atas