Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengenalpasti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengenalpasti atau mengenal pasti, yang mana betul dari segi tatabahasa? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah mengenal pasti. Perkataan dijarakkan.Ejaan11.05.2013
Mengenalpasti ejaan aturcara, sama ada atur cara atau aturcara. mana yang betul. Terima kasihEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan06.07.2011
Tuan, Cara pengunaan tanda bacaan yang tepat. bagaimanakah kita menggunakan titik bertindin (:). adakah kita menggunakan huruf besar atau kecil bagi memulakan ayat selepas titik bertindih. Contoh 1. ...yang dinyatakan seperti berikut: (i) mengenalpasti atau Mengenalpasti contoh 2. Merujuk kepada senarai di bawah. (i) isu atau Isu yang dikenalpasti. Terima kasih atas bantuan

Tidak ada format yang ditetapkan berkenaan penggunaan huruf besar atau huruf kecil selepas titik bertindih. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Menurut buku tersebut, fungsi titik bertindih adalah seperti yang berikut:

1. Untuk  memperkenalkan atau menambah keterangan

2. Untuk memisahkan
(a) Subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan

(b) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem
(c) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran
(d) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid
(e) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah
(f) Tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan
(g) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi

3. Untuk menunjukkan nisbah

 

Berdasarkan contoh yang diberikan, dicadangkan supaya digunakan huruf besar selepas titik bertindih.

(i) Mengenal pasti contoh

(ii) Isu yang dikenal pasti

Tatabahasa26.09.2021
Cara mengenalpasti dan mengatasi kesalahan huruf besar pada awal ayat dan kata mana khas.Perkataan bagi permulaan ayat hendaklah sentiasa ditulis menggunakan huruf besar, tidak kira perkataan itu kata nama khas atau sebaliknya. Kata nama khas merujuk kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan(institusi), undang-undang, bahasa, pangkat dan sebagainya. Huruf pertama ejaan kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar. Contoh:
Manusia: Hang Tuah, Profesor Dr. Hatta Azad Khan, Barak Obama
Bukan Manusia: Jibrail, Imperata cylindrica (lalang), Bujang Senang.
Tatabahasa29.03.2013
BAGAIMANAKAH HENDAK MENGENALPASTI KAEDAH MORFOLOGI ?Soalan terlalu umum atau kurang difahami. Mohon perincikan atau kecilkan skop soalan untuk memudahkan pihak kami membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Untuk makluman tuan/puan juga, terdapat pelbagai makalah atau tesis yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan melalui laman web http://etesis.dbp.gov.my/.Lain-lain09.08.2022
saya ingin mengenalpasti sama ada perkataan "AXIA" ada membawa erti yang negatif dalam bahasa Melayu. sama ada dalam pengunaan semasa berkomunikasi, paparan tulisan atau penggunaan nama untuk produk.Tidak ada maklumat tentang perkataan axia dalam pangkalan data kami. Perkataan axia bukanlah bahasa Melayu,  penamaan produk hendaklah menggunakan bahasa Melayu dan mempunyai citra kebangsaan.Makna21.01.2014
Bagaimana ingin mengenalpasti perbezaan antara kata majmuk yang dijarakkan atau didekatkan. Contohnya 'jawatankuasa' atau 'jawatan kuasa'Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu termasuklah jawatankuasa, perkataan lain ialah warganegara, setiausaha, olahraga, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan.Tatabahasa27.07.2011
bagaimana untuk mengenalpasti sesutu ejaan didalam satu satu ayat itu betul penggunaanya.melalaui peredaran masa kini dan skop pembelajaran yang semakin lama semakin mencabar.kadang kala masih ada segelintir pengguna selesa dengan ejaan lama.begitu juga dengan tulisan jawi boleh jelaskan kepada saya dengan lebih terperinci.mungkin saya ni tergolong dalam golongan tersebut.Penggunaan Kamus Dewan dapat membantu saudara mengenal pasti ejaan yang betul untuk satu-satu perkataan, untuk mengetahui tentang tulisan Jawi sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (Edisi Kedua). Buku ini dapat membantu saudara dalam hal tulisan dan mengetahui pedoman/kaedah tulisan Jawi.Lain-lain19.11.2009
bagaimana hendak mengenalpasti jenis-jenis frasa? harap dapat diterangkan dengan terperinci kerana saya kurang faham berkaitan iniMengikut  buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat dan dalam satu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,halaman 435.     Tatabahasa20.02.2009
Bantu saya mengenalpasti ejaan yang betul bagi perkataan deraf ataupun draftEjaannya yang betul ialah draf.Ejaan10.07.2008
12345

Kembali ke atas