Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang

Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan.

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; 

Makna31.07.2009
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
memperingati , mengingati, memperingatkan , mengingatkan...apakah perbezaan yang khusus antara perkataan ini? terima kasihUntuk mengetahui perbezaan antara perkataan yang tersebut, lihat makna dan contoh penggunaannya seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Tatabahasa04.03.2011
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 1. Apakah itu KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF? . Saya harap saudara dapat memberikan penerangan dalam bahasa yag mudah difahami untuk saya terangkan kepada anak saya yang berada didalam darjah dua. 2. Bagaimanakah cara penggunaannya? 3. Contoh - contoh soalan yang membuatkan anak saya menangis kerana disalahkan oleh guru. GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. Terimakasih.

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Tanpa objek ayat tersebut taklengkap maksudnya (menjadi ayat tergantung). Contoh: Ali menyepak bola. (menyepak merupakan Kata Kerja Transitif, jika ayatnya, Ali menyepak - ayat tak sempurna). Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contoh; Adik saya masih tidur. (tidur merupakan Kata Kerja Tak transitif)

GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran.  ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola. iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. - ayat ini lengkap jika "Mereka berbincang" - tentang pelajaran bukanlah objek tetapi keteerangan tentang cerita, begitulah juga dengan ayat-ayat seterusnya.

Tatabahasa23.07.2008
Perkataan mengingati = ingat akan = remember Mengingatkan = memberikan ingat = remind memperingati = mengenang semula memperingatkan??? adakah istilah ini wujud? menurut Kamus dewan, istilah ini wujud bagaimana pula dengan Kamus Tatabahasa? Terima kasihPerkataan mengingati, mengingatkan, memperingati dan memperingatkan adalah betul dan boleh digunakan. Makna dan contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Makna04.10.2012

Kembali ke atas