Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengenengahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. mengenengahkan atau mengetengahkan? 2. mensabitkan kesalahan atau menyabitkan kesalahan? 3. menyintai atau mencintai ? 4. pemelajaran atau pembelajaran ? 5. pemeritahuan atau pemberitahuan ?1. mengetengahkan. 2. mensabitkan kesalahan. 3. mencintai. 4. pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Pemelajaran ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. 5. pemberitahuan.Makna21.01.2010
Salam, ada perkataan lain untuk maksud perkataan Mengenengahkan ( ketengah ) trima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, mengetengahkan bermaksud membawa ke tengah atau menampilkan ke muka, mengenengahkan bermasuk menjadikan tengah.

Tatabahasa14.01.2010
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya sekiranya wujudkah perkataan "mengenengahkan" dalam mana-mana edisi Kamus Dewan Bahasa? Jika ada, adakah contoh ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Contoh: "Tabung Haji telah menjadi perintis dalam mengenengahkan mengetengahkan pelbagai inovasi dalam kewangan Islam" Saya berpendapat "mengetengahkan" lagi sesuai dalam ayat ini. Nasihat anda amat dihargai.Ejaan yang betul ialah mengetengahkan. Oleh yang demikian, penggunaan dalam ayat yang betul ialah Tabung Haji telah menjadi perintis dalam mengetengahkan pelbagai inovasi dalam kewangan Islam.Ejaan24.08.2021
1. mengetengahkan atau mengenengahkan ? 2. mengetepikan atau mengenepikan ? 3. mengepalai atau mengkepalai ? 4. menunjangkan atau mentunjangkan ? 5. memastikan atau mempastikan ? 6. mencintai atau menyintai ? 7. menyukarkan atau mensukarkan ? 8. penyajak atau pensajak ? 9. pemelajaran atau pembelajaran ? 10. mensabitkan atau menyabitkan ?

1. mengetengahkan

2. mengetepikan

3. mengepalai

4. menunjang

5. memastikan

6. mencintai

7. menyukarkan

8. penyajak

9. pemelajaran

10. menyabitkan

Tatabahasa24.07.2011
Perkataan imbuhan mana yang betul: mengetengahkan atau mengenengahkan? Terima kasih!Ejaan yang betul ialah mengetengahkan.Ejaan10.09.2012
1)kalau boleh saya ingin mengetahui semua perkataan yang boleh perlu di jarakkan atau dirapatkan. contoh walaubagaimanapun@ walau bagaimanapun 2)MENGENENGAHKAN KE MENGETENGAHKAN

Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun dan mengetengahkan. Kata majmuk dieja dua perkataan  kecuali beberapa perkataan yang dieja rapat atau dikenali sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu kerana kelaziman penggunaan seperti; antarabangsa, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, tanggungjawab, sukarela, pesuruhjaya, setiausaha, olahraga, suruhanjaya, warganegara, matahari, kakitangan, kerjasama dan beritahu.

Tatabahasa23.03.2010
Assalamualaikum. Apakah kata dasar bagi kata terbitan 'mengebumikan'? Adakah kata 'bumi' atau 'kebumi'? Jika tidak silap saya imbuhan 'menge-...-kan' hanya digunakan untuk perkataan satu suku kata sahaja. Harap dapat penjelasan lanjut daripada pihak tuan. Terima kasih.

Kata akar bagi perkataan mengebumikan ialah bumi. 

Ejaan yang gramatis ialah "mengebumikan", “mengetengahkan“ dan “mengetepikan“, bukan "mengkebumikan", “mengenengahkan“ dan “mengenepikan“. Hal ini kerana kata dasar yang daripadanya kata kerja tersebut diterbitkan ialah "ke bumi",  “ke tengah“ dan “ke tepi“. Huruf yang mengalami perubahan hanyalah huruf pertama, iaitu “k“ menjadi “ng“.

Tatabahasa23.09.2013

Kembali ke atas