Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.pit] | مڠڤيت

Definisi : memegang (menghimpit, mem­bawa) di antara lengan dan badan (di bawah ketiak) atau di antara dua jari: ayahnya berjalan ~ tikar sembahyang di bawah ke-tiaknya dan menuju ke surau; ia ~ sebatang rokok yg sudah separuh dihisapnya; ~ daun kunyit prb, Mn memuji diri sendiri; ~ kepala harimau prb menggertak (menakut­nakutkan) orang dgn mempergunakan nama orang yg berkuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.pit] | مڠڤيت

Definisi : membawa sesuatu di antara lengan dgn badan atau di antara dua jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepit
Kata Terbitan : berkepit, mengepit, terkepit, pengepit,

Peribahasa

Mengepit induk ayam.

Bermaksud :

Mengemukakan orang yang penakut di dalam perundingan.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan untuk soalan ini.Encik Visu________ fail. A.mengelek b.mengepitMengelek dan mengepit mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat untuk kesesuaian jawapan.Makna08.07.2014
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
Mengklip atau mengeklipPerkataan "klip" tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan "klip" sahaja kerana perkataan klip bermaksud alat daripada logam dan lain-lain untuk mengepit sesuatu (seperti kertas dan lain-lain).Lain-lain27.06.2014

Kembali ke atas