Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.pos] | مڠڤوس

Definisi : mengirim (surat dll) melalui pos; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.pos] | مڠڤوس

Definisi : mengirim (surat dll) melalui pos: Dia sudah pun ~ surat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pos
Kata Terbitan : mengepos, pengeposan, pengepos,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah cara saya ingin mengepos jawatan? Adakah melalui pos laju atau ada cara lain?

Salam puan budiman,

Borang permohonan jawatan kosong yang telah lengkap diisi perlulah dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat:

Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur
(u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Lain-lain22.06.2019
1. adakah perkataan "mengemop"diterima? 2. Ibu bapa harus mengambil berat: ----- pelajaran anak- anak mereka. a. akan b. tentang

Saudara,

Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop menjadi mengemop.   Bagi ayat kedua pula kata sendi nama yang sesuai ialah tentang. 

Tatabahasa21.07.2010
Assalamualaikum. Saya telah menyiapkan sebuah manuskrip novel penyiasatan remaja. Bagaimana saya hendak menghantar manuskrip saya itu kepada pihak DBP? Apakah syarat-syarat dan prosedurnya? Saya berasal dan menetap di Sarawak, adakah saya perlu menghantar manuskrip saya ke cawangan DBP di sini sahaja, atau perlu mengepos / emel kepada ibu pejabat DBP?Hantarkan manuskrip tuan kepada: YBhg. Datin Hajijah binti Jais, Ketua Editor Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain12.10.2015
Assalamualikum, Perkataan 'mop' ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tetapi tiada turunan katanya. Dalam salah satu soalan untuk UPSR, perkataan 'mengemop' digunakan dalam ayat: Ali mengemop lantai itu. Bolehkah perkataan 'mengemop' digunakan secara bertulis sedangkang perkataan itu tiada dalam Kamus Dewan?Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop boleh menjadi mengemop.Tatabahasa05.04.2011

Kembali ke atas