Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.rang] | مڠرڠ

Definisi : 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~ tidak makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.rang] | مڠرڠ

Definisi : 1 mengeluh kerana kesakitan dll: Semalam-malaman, ia ~ kerana tidak tahan menderita sakit. 2 ki mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengerang

Puisi
 

Bukit Gebuk Gunung Cik Jenal,
     Nampak dari Pulau Nerang;
Adik duduk abang tak kenal,
     Sikap pulih ayam mengerang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan " mengerang,merintih, mengeluh" ?Untuk makluman, di bawah merupakan maksud bagi ketiga-tiga makna perkataan tersebut dan perbezaan dan persamaannya boleh dilihat berdasarkan maksud yang diberikan.

Mengerang:
1. Mengeluh kerana kesakitan dan lain-lain lagi
2. Mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dan lain-lain.

Merintih:
1. Mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain), mengaduh, mengeluh
2. Melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah 
3. Sedih, pilu (suara)

Mengeluh:
1. Melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih
Makna28.06.2016

Kembali ke atas