Kenapa perkataan mengerikan tidak wujud dalam pengkalan data DBP? | Subentri mengerikan wujud di bawah entri ngeri di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang boleh dirujuk pada laman PRPM (https://prpm.dbp.gov.my/) Semoga jawapan ini menjawab pertanyaan tuan/puan. Terima kasih. | Lain-lain | 28.02.2023 |
tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tq | Pada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan. | Tatabahasa | 22.01.2012 |
Adakah terjermahan berikut daripada BI ke BM betul? BI: It is an effective repellent against mosquitoes that transmit dreaful diseases. BM: Ia merupakan penghalau yang berkesan terhadap nyamuk yang menularkan penyakit-penyakit yang mengerikan. | Kami mencadangkan terjemahan berikut “Bahan penghalau ini berkesan terhadap nyamuk yang membawa penyakit berbahaya” Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.
| Penyemakan dan penterjemahan | 08.03.2023 |
Apakah penterjemahan yang sesuai untuk perkataan "monstrosity"? Adakah "raksasa" cukup untuk meliputinya nuansanya walaupun "raksasa" sebenarnya bermaksud "monster" dan bukan "monstrosity"? Perkataan diambil daripada "a chilly one-eyed monstrosity". Adakah "raksasa bermatu satu yang dingin" sesuai? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bagi "a chilly one-eyed monstrosity" ialah "lembaga bermata satu yang menyeramkan" atau "raksasa bermata satu yang mengerikan". Padanan ini bergantung kepada konteks dan penggunaan yang digambarkan atau dikisahkan oleh penulis dalam teks tersebut. | Lain-lain | 07.10.2023 |