perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga | Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)faham - mengerti">mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;, b) bertanya - soal: siasat, selidik, kaji, c) bangga - megah | Lain-lain | 25.03.2010 |
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM. | Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum. | Makna | 29.10.2007 |
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula. Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar. Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat. | Makna | 10.01.2008 |
Apakah perbezaan antara 'meningkatkan penguasaan' dan 'meningkatkan kefahaman'? Adakah 'penguasaan' merujuk kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu konsep? | Kefahaman bermaksud hal faham akan sesuatu atau tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala penguasaan bermaksud perbuatan atau hal menguasai, iaitu mengetahui dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut tahap penguasaan melebihi tahap kefahaman dan penguasaan lebih menyeluruh dan terperinci. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat? | Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat: kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa. | Sastera | 06.04.2013 |
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum. | Makna | 27.10.2007 |
Sila rujuk lampiran. *Selain buku Tatabahasa Dewan, adakah buku tatabahasa lain yang dapat dijadikan rujukan? Sekian, terima kasih. | Jawapan yang diberikan merujuk Kamus Dewan: 1. C 2. D 3. C 4. Tiada jawapan (keempat-empat ayat betul) 5. Pemahaman bermaksud tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala kefahaman pula keupayaan (kemampuan) memahami. 6. Kata ganti nama patik digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya. Buku Tatabahasa Dewan sebagai pegangan, walau bagaimanpun untuk menambah kefahaman tuan boleh menggunakan buku tatabahasa yang lain seperti Nahu Mutakhir. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku? | Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya. | Makna | 29.10.2007 |