Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ru.mu.ni] | مڠروموني

Definisi : datang beramai-ramai (ba­nyak-banyak) mengelilingi seseorang atau se­suatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ru.mu.ni] | مڠروموني

Definisi : datang beramai-ramai mengelilingi sesuatu: Semut ~ gula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerumun (kata kerja)
Bersinonim dengan kelimun, kerumut;,
Kata Terbitan : berkerumun, mengerumuni,

Peribahasa

Lalat langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Ramai / Banyak orang mengerumuni di tempat kejadian itu ? sekian terima kasih.

Saudari,

Ramai orang dan banyak orang, kedua-duanya betul. Lazimnya ramai orang merujuk kepada suasana seperti Ramai orang membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada musim raya, dan banyak orang merujuk kepada bilangan seperti Banyak orang tidak setuju dengan keputusan tersebut.

Kedua-dua boleh digunakan, namun, penggunaan kata ini berdasarkan konteks ayat yang dibuat.

Ramai orang menggerumuni tempat kejadian adalah ayat yang sebetulnya.

Terima kasih.

Tatabahasa13.08.2012

Kembali ke atas